Blogger mati ditembak di Putrajaya

Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) 9julai, kecoh apabila seorang lelaki dan wanita membawa pedang samurai cuba memasuki pejabat JPM,dalam kejadian lebih kurang pukul 2.30 petang menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari menyelamatkan diri. Kedua-dua pasangan tersebut berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana Menteri.
“Apabila tidak dibenarkan, dengan tiba-tiba lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan kepada anggota polis bantuan bertugas.
“Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan blok itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan penjawat awam tidak dapat memasuki bangunan tersebut apabila pintu pagarnya ditutup oleh pihak polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Serentak itu, Chin Wah berkata, sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke tempat kejadian.
“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis berkenaan.
“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam siasatan.
“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.
Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak," katanya.
Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan polis.
“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa," katanya.-Utusan
Perjuangan matlamat tidak menghalalkan cara... Semoga jadi iktibar buat kita semua..

4 comments/pendapat:

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

al fatihah buat arwah blogger jayanega nih.

Honda dealer berkata...|Reply This Comment|

its very complecated post, you should define more bit a little.

pro-niaga berkata...|Reply This Comment|

kenapa mengapa dia mengamuk?adakah kerana sudah bosan hidup atau dia ni memang something wrong....

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

tanya sama itu hud hud meh,,,

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...