UPDATE indek pencemaran udara

Indek pencemaran udara/jerubu bagi negeri-negeri yang dikeluarkan oleh JABATAN ALAM SEKITAR
beberapa negeri di utara Semenanjung Malaysia menunjukan peningkatan pencemaran udara terutama negeri Perak dan Pulau Pinang.




M/S-Sebarang aktiviti pembakaran terbuka adalah dilarang.

TERKINI kualiti udara seluruh Malaysia

Berikut adalah indek pencemaran udara bagi negeri-negeri seluruh Malaysia yang dikeluarkan oleh JAS(JABATAN ALAM SEKITAR).




HARGA KERETA TURUN,BERAPA?

Sejak dua menjak ni kedengaran la beberapa syarikat pengeluar kereta seperti Perodua dan Proton yang  mewar-warkan penurunan harga kereta keluaran mereka seperti Perodua Myvi,Perodua Viva,Proton Saga sv dll. Penurunan yang tak berapa ketara ni menjadi isu hangat kat tempat aku.

Harga kereta turun,harga kereta murah,harga kereta runtuh macam-macam la kedengaran sembang2 di kedai 'kopi' macam kopi super power best tu, ada yang mempertikai kenapa sekarang baru nak turun harga kereta,ada juga cakap penurunan harga kereta tu tak seberapa pun,tak kurang juga ada yang suka mengutuk,macam-macam la kan,turun salah tak turun lagi la bersalah dan dipersalahkan kerana kebersalahan,aduhhh...

Model-model yang turun harga  adalah seperti Viva mengalami penurunan 5.4 peratus kepada RM35,174, Myvi empat peratus kepada RM48,424 dan Alza 3.4 peratus kepada RM57,017. Manakala Proton,Honda, Peugeot dan Volkswagen turun antara 0.7 hingga 11 peratus.

Proton juga telah melancarkan model mampu milik Saga SV yang berharga antara RM33,438 dan RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu. Ye ke? betul ke ni...apasal masa mula-mula keluar model ni tak dijual dengan harga murah(murah sikit) dari harga terkemudianya yg diturunkan, he he tarasa macam ganjil bin hairan bin ajaib pula.
Tapi walaubagaimanapun kira ok la tu sebab ada penurunan sikit daripada tak turun lansung kan, mungkin penurunan harga kereta ni secara berperingkat kot, ye la kang turun mendadak ada yang gulong tikar bantal semua pula..apa pun kita sebagai pengguna bijak2 la memilih, jangan kerana harga semata-mata.. sekian TE..RI..MA..KA..SIH..CEK..GUU.....
sumber-utusan

Lepas hina Agong,kini hina Nabi


Salam buat semua pembaca A2U,blog A2U hairan dengan masyarakat ni,kita tak pernah hina agama dan tuhan mereka tapi mereka sengaja hina Agong,Islam dan nabi.. apa yang mereka ni mahukan sebenarnya, sengaja ingin membangkitkan kemarahan kaum lain....Baca selanjutnya dibawah.
 
Seorang pengguna Facebook hina Islam serta menghina junjungan besar, Nabi Muhammad SAW. Bertapa biadapnya si penama Programmer Calvin Gani yg didedahkan oleh Blog "Just Read "menyebut berkaitan Facebook berkenaan hanya menulis"Another one! See for yourself!" (Seorang lagi! Lihat sendiri!).

Antaranya pengikut blog JUST READ yg mengecam perbuatan tersebut ialah 
Dayak Laut yg berkata: "Apa yang perlu ditunggu lagi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)? Tangkap lelaki ini dan fail kes terhadap beliau.
Saya mahu melihat dia pergi ke mahkamah dan dihantar ke penjara!"

Alam Maya pula berkata: "Kenapakah makin meningkat penghinaan terhadap Islam oleh golongan pemuda keturunan Cina di Malaysia ini? Tidakkah mereka sedar bahawa negara ini dihuni oleh pelbagai kaum dan agama? "Tidakkah mereka terfikir bahawa perbuatan mereka mudah dikesan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang? 

Panas Baran menyebut: "Ini paling biadab! Patut dikenakan hukuman penjara. Dia lebih selamat di dalam daripada di luar ini." 

 TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:• Facebook Calvin hina Nabi • Pertubuhan Gerakan Siber 1M buat laporan.
Sumber-Utusan Melayu.

A2U-Kerajaan mahu gubal akta hina raja,Agong,Sultan..diharap jangan lupa yang lebih besar iaitu akta hina nabi hina Allah.

pembelot Lahad Datu didedahkan!

Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lalu berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari hingga 29 Mac lalu di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P. Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.

Dengan pertuduhan terbaharu hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, Koperal Hassan Ali Basri.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata kesemua tertuduh telah melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.

Abdul Gani berkata, pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.

"Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya.

Katanya, kesemua kes itu, kecuali kes Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.
sumber-utusan

Rahsia Tun Dr Mahathir didedahkan!

Seorang aktivis politik, Datuk Khairuddin Abu Hassan mendedahkan, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri dahulu pernah membantu orang Melayu dan Islam di Kelantan yang ditadbir Pas secara diam-diam.
Menurutnya, bantuan antara RM200 dan RM300 juta setahun itu diberi Dr. Mahatir sendiri kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
 
"Kereta sayalah yang ambil Tok Guru (Nik Abdul Aziz) setiap enam bulan antara pukul 11 dan 12 malam apabila orang sudah tidur ke rumah Dr.
Mahathir.
"Dr. Mahathir kata kepada Tok Guru, dia tidak boleh tolong secara terus menerus kerana Kelantan adalah pembangkang. Namun untuk orang Melayu dan orang Islam di Kelantan, Barisan Nasional (BN) beri duit kepada Tok Guru.
"Maka atas arahan Dr. Mahathir, setiap tahun kita (BN) beri RM200 juta, RM300 juta kepada Tok Guru secara senyap-senyap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Permatang Kebun Sireh di sini malam tadi.
Jelasnya, sebanyak 95 peratus masjid di negeri Kelantan dibina oleh BN dan rakyat sepatutnya mendesak Nk Abdul Aziz sendiri untuk memberikan jawapan.
"Tuan-tuan boleh tanya Tok Guru sendiri, betul ke tidak perkara itu?
"Kita bina jambatan, jalan raya dan sekolah di Kelantan," ujarnya.
Bagaimanapun, katanya, segala jasa Dr. Mahathir itu tidak dihargai oleh pembangkang sebaliknya bekas Perdana Menteri itu sentiasa dicemuh.-
Utusan Melayu

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...