cara-cara jernihkan lampu kereta

Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus.
Salam semua...
hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pamerkan,cara bagaimana mengilatkan kembali headlight kereta yang pudar,kusam masai lagi kekuningan macam gambar headlight accord sv4 kat bawah ni:
Untuk melakukan kerja-kerja pengupgradetan ini perlulah ada peralatan di bawah ni:
1-------------------------------
hairdry@pengering rambut-tujuan alat ni adalah untuk mengembangkan/menanggalkan glue@gam yg melekat antara cermin lampu dan sangkarnya/hozing.
2-------------------------------
Rasa-rasa aku semua kenal kot dengan alat kat atas ni,kalau tak kenal takyah lakukan kerja ni ya.
3----------------------------------------
Kertas pasir-ukuran kehalusan mestilah 1000 dan 2000,jangan guna yang 3@500 nanti cermin tu jadi cam lepat pisang ye..
----------------------------------------------------------------------------------
Ok sesi membebel aku stopkan dulu,skrang mai kita mula,try,cuba buat:
 Guna pengering rambut tadi untuk mengembangkan/menanggalkan gam antara cover dan cermin,caranya wap kan di sekeliling antara cermin dan cover tu..kalau takda alat pemanas ni cara lain ialah tuang air didih sedikit demi sedikt kat tepi tu supaya gam mengembang.
 aaaa kan dah terpisah antara dua darjat nih.
 Pastikan tangan jangan pegang atau sentuh bulp lampu tu,
 Seeloknya gunakan air semasa mengosok cermin tu dengan kertas pasir,mulakan dengan kertas yang 1000 dulu.kertas 2000 untuk bilasan yg terakhir.
 Perbezaan antara cermin yg dah digosok dengan yg sebelumnya,nampak berbeza kan! kalau tak nampak itu tandanya korang pendek umur..
 Kecerahan terselah selepas gosokkan pertama,segala kuning2 kat cermin tu dah hilang daaa.
 Kemudian gosok pula dengan kertas 2000 tadi,supaya dapat hasil cermin yang lebih lincin lagi halusssss..
 Gosokan aku yang kuat sampaikan kepala paip pun tercabut tuu hu hu..
 Ini yalah cover lutsinar bgian dalam,aku cat hitam sebab nak kasi jadi smoke lamp,sila abaikan step mengecat ni kalau tak berminat,tepuk kepala tanya selera,keputusan di tangan anda.
 Bila dah siap semua pasang semula cermin tu dan gunakan hairdry tu sekali lagi,ini bagi mengembangkan gam kat cover tu supaya bila kita pasang cermin tu semula takda ruang bocor (pastikan).. sebab kalau ada kebocoran masaalah le bila hujan nanti.
 Hasil yang dah siap dengan jayanya,lampu smoke dan cermin cerah bersinar.
 Lampu yang dah siap untuk dipasang semula
 Ke smokekanya terselah gah lagi segak bergaya.
 Walaupun dah siap tapi masih nampak kurang menawan betul tak! untuk kilatkan permukaan cermin tu,sila gunakan polish kereta.
 Gambar di atas ni ialah headlamp yang telah melalui proses akhir,setelah di tonyoh(gosok) dan akhir sekali dikilatkan dengan polish kereta,hasilnya cemerlang gemilang terbilang 1malaysia wawasan 2020..
 Dan inilah hasilnya,lampu yang kuning malap tadi kini bertukar menjadi macho kembali, yang sebelah tu belum gosok lagi..
 Lampu yang kusam sekarang bertukar jadi macam baru disamping bumper dc2 integra, dan untuk makluman semua,kalau kasi kedai buat proses ni kos upah dekat mencecah rm100,kalau buat sendiri,kos keseluruhan rm7.80 sen(tujuh renget lapan kupang)
Kalau rasa tips blog ni berguna untuk kawan lain,sila klik butang shared di bawah tu nuh,bleh kongsi dalam facebook,tweter etc..

17 comments/pendapat:

KechieX berkata...|Reply This Comment|

stuju...kawe pun dh buat care yg same...

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

kechiex memang teror..

zwb11323 berkata...|Reply This Comment|

salam...thanks for the info...nnt sy pun nak try...tp cover lampu sy tu karatnye di luar...huhu gosok guna kertas pasir gak ke

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

ha gosok di bahagian luar saja,bgian dalam tak perlu,kang jadi lampu pelita pla malap he eee.

EryTaleb berkata...|Reply This Comment|

thanks bro for the good info..
mcm mana nak pastikan yg masa pemasangan tu gam2 elok yer?perlu pakai gam baru atau tidak?mohon pencerahan..

terima kasih..

nubiz kubis

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

cuba panaskan gam lama tu dengan hrdry dn tgok pada gam asal tu kalo dah merekah teruk sangat eloknya letak gam/silkon baru,kalau gam tu lembik2 sikit semasa dipanaskan plug balik cover lampu tu,tgu beberapa minit utk gam tu sejuk semula,slepas pasang cover tu siram air dulu,mana tahu kot air bleh masuk(bocor)..selamat mencubaaa..
Blog Pro Niaga

Unknown berkata...|Reply This Comment|

bro, semua jenis lampu kereta boleh ke buat macam ni?

Unknown berkata...|Reply This Comment|

bro, semua lampu kereta bleh ke buat macam ni?

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

memang menarik ni... saya nak cuba juga ni...

dari.. spoontrader

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

@hafiza mohdsemua lampu jenis plastik boleh,klu jenis kaca elok guna colgate(ubat gigi)..

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

@Tanpa Nama cuba jer..ikut aturan kmfom jadi.. lagi afdal last skali polish guna mesin wax,hasil lagi dasyat..

aizat berkata...|Reply This Comment|

salam @Mr paktam.. tumpang tnye ea, yg gune kertas pasir tu luar dalam or luar je? and kalau nk kene gam baru,gam ape yg paling sesuai? :)

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

salam @mr paktam, tumpang tnye sikit ea.. nk gune kertas pasir tu luar dalam ke or luar je? and lagi satu,kalau nk gam balek ,gune gam ape yg paling sesuai? tq :)

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

salam @mr paktam... saye nk tnye cikit,,yg gune kertas pasir tu luar dalam ke dalam je? and kalau gam tu dh xleh nk gune,nk gnti ngn gam jenis ape? tq..

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

@Tanpa Nama kertas pasir gosok bahagian luar ja dalam tak perlu,gam tu jenis silicon,kedai hardware,kedai jual akuarium pun ada jual..

Unknown berkata...|Reply This Comment|

salam @mr paktam...sy ade pasang tinted kat headlamp viva saya.. skg terbakar jadi gelap.. nak tanggal balik tinted tu camne? pasal tinted tu dah keras.. nak kopek guna apa? mohon pertolongan kata2... terima kasih..

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

@Mohd Fadzli Zakaria wkslam.. boleh cuba proses mcm diatas tu sampai hilang tinted tu semua..guna kertas 1000 dulu..dah kluar semua tinted baru guna kertas paling halus kmudian wax sampai klep klip..guna kertas pasir tu dgn air bancuhan sabun tau..paling afdal guna GLO..

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...