Bahaya Malware smartphone

Waspada Malware Zeus

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai terutama pengguna media sosial supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi menerusi talian Internet kepada mana-mana pihak termasuk berkaitan institusi perbankan.

Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, suruhanjaya telah maklum mengenai virus atau Malware yang dikenali sebagai Zues Trojan tersebut dan pihaknya dalam usaha memantau secara lanjut berhubung Malware itu.
"Zeus itu sebenarnya adalah Malware dan penyebarannya lebih tertumpu kepada matlamat. Kita nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mencapai sesuatu dalam Internet kerana Malware bagi kes ini telah dicipta untuk mencuri maklumat-maklumat peribadi mangsa.

"Modes operandi Zeus bukan sahaja dihantar menerusi emel kepada mana-mana individu yang dibuat secara rawak tetapi turut dikesan menerusi laman Facebook iaitu capaian daripada satu laman ke laman yang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu taktik baharu sindiket penipuan Internet yang menghantar Malware sebagai Zeus Troja ke telefon pintar dan akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.

Sepasang suami isteri Mohd, Umzarul Faiz Umar dan isteri, Hamimah Hamid, 37, merupakan mangsa kepada Malware berkenaan apabila kehilangan ribuan wang di dalam akaun bank baru-baru ini selepas melakukan beberapa pengesahan kepada Malware menerusi emel yang kononnya berkaitan perbankan.
sumber-utusan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...