cara hantar isyarat pada polis melalui mesin ATM

jika seorang pencuri memaksa anda untuk mengambil wang dari ATM,jangan membantah atau melawan, anda mungkin tidak tahu apa yang bakal mereka lakukan pada anda. Apa yang anda perlu lakukan adalah untuk mengisi PIN anda secara terbalik,

contoh: jika PIN anda ialah 1234, anda menaip 4321

Apabila anda menaip PIN dengan cara terbalik, wang akan keluar tetapi akan tersekat separuh dalam mesin ATM dan ia akan memberi amaran secara langsung kepada pihak polis tanpa apa-apa bunyi amaran di ATM

fungsi ini dibuat khas untuk menandakan bahaya dan membantu, bukan semua orang sedar tentang perkara ini, share le kalau rasa berguna..

Jelapang dah jadi Lapang,Alahaiii..

Cukup menyedihkan melihat Hutan Simpan Gunung Inas, di sini yang merupakan tulang belakang sistem ekologi bagi penduduk daerah Kedah Tengah dan Selatan menghadapi kemusnahan akibat kegiatan pembalakan tidak terkawal.
Hutan yang dahulu dilitupi dengan rimbunan menghijau pelbagai jenis pokok dan tumbuhan menjadi semakin gondol ekoran aktiviti pembalakan atas alasan untuk memajukan tanah.
Difahamkan, 5,000 hektar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Baling yang berkeluasan kira-kira 15,000 hektar akan diteroka bagi pelaksanaan projek Ladang Sejahtera dengan tanaman getah berklon balak.
Ini bermakna, satu pertiga daripada kawasan gunung yang kaya dengan khazanah alam sekitar itu terpaksa ditarah dan dibersihkan bagi memberikan laluan kepada projek tersebut.
Tahun ini sahaja seluas 400 hektar kawasan hutan simpan itu ‘dibersihkan’ untuk projek berkenaan yang dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan kerjasama anak syarikat perbadanan negeri.
 
Ladang Sejahtera yang dibangunkan itu juga dikatakan sebagai ganti kepada penebangan semua pokok di kawasan gunung berkenaan namun, timbul persoalan adakah tanaman getah berklon balak tersebut dapat menggantikan kemusnahan hutan yang kaya dengan khazanah alam itu.
Bahkan, pelaksanaan projek dipersoalkan banyak pihak memandangkan ia sepatutnya boleh dibangunkan di kawasan tanah pamah bagi memastikan pembangunan secara lestari.
Sesetengah pihak turut mendakwa pembukaan ladang itu hanya alasan kerajaan Pas Kedah bagi mewajarkan balak pelbagai saiz dapat dikeluarkan dari kawasan gunung berkenaan bagi menambah pendapatan kerajaan negeri.
Meskipun kerajaan Pas Kedah mempertahankan tindakannya membuka Ladang Sejahtera di kawasan berkenaan, hakikatnya kegiatan pembalakan yang diberi nama jolokan ‘cuci hutan’ oleh penduduk itu telah mengakibatkan kerosakan ekosistem alam serta membawa banyak kesan buruk.
Rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu yang ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini marah dan kecewa dengan kegiatan pembalakan berkenaan yang telah menjelaskan kehidupan mereka.
Seorang penduduk, Abdul Razak Che Ahmad, 51, dari Kampung Iboi berkata, bekalan air ke kediaman mereka dari sumber hutan simpan berkenaan menjadi kekuningan dan berkeladak akibat pembalakan berleluasa sejak dua tahun lalu.
Keadaan itu, katanya, menjejaskan kehidupan lebih 2,000 penduduk di Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi, Kampung Masjid Iboi, Kampung Bok Bak dan Kampung Padang Empang yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air dari sumber sungai untuk menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan memasak.
“Apakah wajar sumber alam yang memberi kemudahan kepada penduduk seperti bekalan air masyarakat dikorbankan semata-mata hendak melaksanakan projek Ladang Rakyat?" kata Abdul Razak.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Iboi berkata, penduduk sedar kepentingan pembangunan yang mahu dibawa tetapi pengambilan balak secara berleluasa menyebabkan penduduk terutama dari lima kampung berkenaan menanggung kesulitan.
“Bekalan air masyarakat yang disalurkan kepada sekolah turut terjejas. Projek yang membawa kepada kemusnahan hutan itu perlu dihentikan segera demi kebaikan rakyat dan masa depan generasi akan datang," katanya.
Hanafiah Wan Teh, 42, dari Kampung Iboi berkata, sumber pendapatan penduduk kampung dari kawasan rekreasi Lata Chelak sudah tertutup apabila orang ramai tidak berminat ke situ selepas airnya tidak lagi jernih.
Menurutnya, begitu juga Empangan Iboi yang pernah menjadi juara sungai angkat peringkat negeri pada 2009 semakin terbiar dan tidak lagi dikunjungi orang ramai kerana airnya yang keruh.
“Menteri Besar tak usah bercakap soal pembangunan dan kemajuan untuk rakyat tetapi tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kepayahan penduduk akibat pembalakan secara berleluasa ini," katanya.
Di samping itu, penduduk yang memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual hasil hutan dan tangkapan ikan mengeluh kerana mereka kini sukar mencari rezeki akibat penggondolan hutan dan keadaan air sungai yang sentiasa kekuningan.
sumber-utusan

Peringatan buat pengguna BANK


Berhati-hati dengan laman sesawang ini:
URL: http://logon.rhb.com.my.portalevangelizar.com.br/rhb.com.my/services/lgn_new.htm
Daripada: RHB Customer Care [algyoihalaszcsarda@invitel.hu].

Disyaki laman sesawang berkenaan adalah phising website yang mengkehendaki dengan niat jahat pengguna sistem perbankan RHB dalam talian mengemaskini akaun mereka. Untuk makluman Y.Bhg Dato' / Datin / Tuan / Puan, sistem perbankan dalam talian RHB hanya boleh dicapai melalui URL http://www.rhb.com.my.

Sebarang makluman / notis selain daripada URL ini hendaklah dirujuk segera kepada pihak RHB untuk pengesahan. Kelalaian akan menyebabkan kecurian maklumat peribadi (identity theft) atau lain-lain penipuan akan berlaku. Selain 'African Scam', gejala ini adalah juga penyumbang utama statistik jenayah dalam talian di negara ini.

sumber-Bahagian Penguatkuasa
Kem. Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Hormatilah Ibu Sekalipun Berlainan Agama

MUTIARA HADITH

Hadith :
Dari Asma’ binti Abu Bakar r.a katanya:”Ketika terjadi genjatan senjata dengan kaum Quraisy, ibuku yang ketika itu masih musyrik datang kepadaku. Lalu aku meminta izin Rasulullah SAW dengan berkata:”Ya Rasulullah! Ibuku datang kerana beliau rindu padaku. Bolehkah aku menemuinya?”Jawab Rasulullah SAW,”Ya boleh! Berjumpalah dengan ibumu.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Huraian :

1. Di dalam Islam SUAMI dan IBU diberikan tugas memikul tanggungjawab dan kuasa yang besar. Suami ke atas isteri dan juga ibu ke atas anak-anak. Seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi.

2. Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya: "Syurga itu di bawah tapak kaki ibu". Oleh itu anak-anak harus menumpahkan kasih sayang kepada orang tua mereka sekalipun mereka kafir dan ingkar terhadap Allah. Hal ini disebabkan ibu bapa adalah berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak.

3. Anak-anak harus mentaati ibu bapa mereka samada yang beragama Islam atau bukan Islam dalam urusan hidup yang tidak bertentangan dengan Islam. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar tetapi haruslah menasihati mereka dengan baik dan sopan.

Marilah bersama kita mengamalkan hadis ini dengan harapan semua makhluk yang bergelar Insan (terutamanya Ibu yang melahirkan) dapat merasakan kebahagian hidup selama mana ianya masih berada di atas muka bumi Allah.

Wallahu'alam

sumber- Mohamad Bin Salan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...