Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian
SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012
Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas
2. Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan
Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan
kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan
maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri
pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan
seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai
transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan
identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan.
3. Namun
begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ,
beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN
dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan
persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan
penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh
Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan
digugurkan adalah seperti berikut :
1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru
4. Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian
yang melibatkan permohonan di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan
daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di
PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada
Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.
Sekian, terima kasih
"MESRA, CEKAP, TELUS"
Sumber-JPJ
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
2 comments/pendapat:
baaaguih!!
pasang sunroof,moonroof sekali hu hu..
Catat Ulasan