RAHSIA LUBANG HIDUNG

MENGAPA LUBANG HIDUNG ADA DUA?

Kita memiliki hidung berlubang disebelah  kiri dan kanan, apakah fungsinya sama?
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan yg kiri mewakili bulan (mengeluarkan sejuk).

Jika SAKIT KEPALA
Tutup Lubang hidung sebelah KANAN, bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan beransur sembuh.

Jika merasa LELAH/PENAT 
Tutup lubang hidung sebelah KIRI dan bernafas melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.

Hidung Lelaki Dan Perempuan
Perempuan bernafas lebih melalui hidung sebelah kiri, sehingga hatinya MUDAH sekali sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga CEPAT sekali marah.

Apakah Anda memperhatikan pada saat bangun, lubang hidung mana yg bernafas lebih cepat kiri atau kanan?
Jika lubang hidung kiri bernafas lebih cepat, Anda akan merasa sangat lelah. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.

Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.

Pada suatu malam, saya duduk menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri. Dalam kurang dari satu minggu, sakit kepala saya sembuh. Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang, sakit kepala saya tidak kembali lagi.Luar biasa,sungguh sempurnanya pengaturan ciptaan Allâh.
Sumber : Tibun Nabawi

3 WAKTU DILARANG MANDI

Antara waktu-waktu yang dilarang untuk mandi ialah:

1. 30 Minit Setelah Solat Asar.
2. Setelah Maghrib.
3. Setelah Isya' sehingga pukul 12 malam.

Penjelasan :

Pertama :
30 minit setelah solat asar itu adalah waktu dimana darah didalam diri kita ketika itu sedang panas, jika kita mandi ketika itu, akan menyebabkan badan menjadi lelah dan penat untuk melakukan perkerjaan.


Kedua :
jantung kita setelah maghrib sudah mulai lemah untuk melakukan perkerjaan. Jadi, kajian menunjukkan bahwa ketika ini jika kita mandi akan menyebabkan paru-paru boleh di masuki air dan boleh menyebabkan paru-paru basah.


Ketiga :
Setelah solat isya, ini saatnya jantung kita berhenti dan melakukan istirahat, jika mandi ketika ini akan menyebabkan kerosakan jantung akibat kemasukan air.
Sebaiknya mandi setelah 1 jam dari jam 12 malam. Antara pukul 2 - 3 pagi, itu akan lebih memberikan energy kepada badan seperti mana bateri yang telah lemah di cas semula.


Sekian harap memberi menafaat buat semua dan mendapat kebaikan yang banyak diatas usaha yang sedikit.

Info penting melibatkan Nyawa

BAGAIMANA MENANGANI SERANGAN JANTUNG KETIKA KECEMASAN:-

1. Katakanlah kita bertolak blk kerumah pada jam 7:25 mlm bersaorangan setelah seharian bekerja mencari rezeki.

2. Pada ketika itu anda berasa amat letih, gundah gulana dan kecewa.

3. Tiba2 anda merasa sakit yg amat sangat di dada membawa ke tangan dan rahang anda. Perjalanan terdekat ke Hospital atau Klinik lebih kurang 5km.

4. Malangnya anda tidak yakin mampu bertahan sejauh itu.

5. Anda telah dilatih ilmu CPR tetapi tidak dilatih utk kegunaan keatas diri anda.

6. CARA MENYELAMATKAN DIRI DARI SERANGAN JANTUNG KETIKA BERSEORANGAN.
Memandangkan kebanyakan mereka yg menerima serangan jantung tanpa menerima sebarang bantuan dan mula nak pengsan akan mempunyai hanya 10 saat sebelum pengsan.

7. Walaubagaimanapun mangsa boleh membantu diri dgn batuk sekuat mungkin. Setiap kali batuk hendaklah diselangselikan dgn menarik nafas panjang. Batuk tersebut hendaklah mendalam dan berpanjangan sehingga terasa di dada

Bernafas panjang dan dalam dan batuk hendaklah diulang setiap 2 saat sehingga bantuan tiba atau sehingga terasa dpt bernafas spt sediakala.

Bernafas panjang akan membantu memasukka oksijen kedlm jantung dan batuk mendalam membantu mengpam jantung dan memylihkan perjalanan darah. Ia juga membantu mengembalikan degupan jantung spt sediakala. Ini membolehkan mangsa tiba ke hospital.

9. Kongsi tips ini semoga berguna disaat kecemasan,Insya Allah ia akan dpt membantu menyelamatkan nyawa.

10. Pakar jantung menyarankan setiap orang yang menerima tips ini , kongsikan kpd sekurang2nya 10 orang, akan dpt menyelamatkan sekurang2nya 1 nyawa.

11. Daripada menghantar bahan yg x berfaedah adalah lebih baik menghantar tips yg akan dpt menyelamatkan nyawa ini...

12. Sekiranya tips ini sampai semula kpd kita....lebih dari sekali...jangan marah....sbb anda mempunyai ramai kwn yg prihatin dan sentiasa mengingatkan sesama kita bagaimana nak mengatasi SERANGAN JANTUNG

Dari:
Dr. N Siva
(Senior Cardiologist)

Sumber-whatsapp group.

Tol: Lagi 1 syarikat umum kenaikan

Butterworth: Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) memaklumkan kadar tol di plaza kendaliannya bakal dinaikan antara 10 sen dan RM1.60 berkuatkuasa Khamis ini.

Kadar baru tol.
kelas pertama di Plaza Tol Perai - RM1.50 berbanding RM1.30,
kelas kedua RM3.00 berbanding RM2.60,
kelas tiga RM4.50 berbanding RM3.60.

Tol Bagan Ajam
kelas pertama adalah RM1.50 berbanding RM1.20,
kelas kedua RM3.00 berbanding RM2.60
kelas tiga RM4.50 berbanding RM3.60.

Plaza tol Sg Nyior
kelas pertama adalah RM1.20 berbanding 70 sen,
kelas kedua RM2.40 berbanding RM1.00
kelas tiga RM3.60 berbanding RM2.00

Sumber - Awani

Harga Tol: Senarai Lebuhraya yang terlibat kenaikkan harga

Berikut adalah senarai plaza tol yang terlibat dalam kenaikkan harga: 

Lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK),
Lebuhraya SMART,
Lebuhraya Maju Expressway (MEX),
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE),
Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR),
Lebuhraya Baru Pantai (NPE),
Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA),
Lebuhraya Bertingkat Ampang Kuala Lumpur (AKLEH),
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE),
Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA),
Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK),
Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
Lebuhraya Penyuraian Trafik KL-Barat (SPRINT),
Lebuhraya Senai-Desaru (SDE),
Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS),
Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE/Grand Saga)
Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

Kenaikkan kadar adalah diantara 0.50sen-Rm1.00

Kelas 1 - kereta
kelas 2 - lori kurang daripada satu tan
kelas 3 - lori besar dan treler
kelas 4 - teksi
kelas 5 - bas

Kadar tol di semua lapan lebuh raya kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) adalah kekal.

MYKAD DENDA RM1,000

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab Rahman, berkata kadar baru itu berkuatkuasa di seluruh negara, bermula 15 Oktober ini.

Kaedah pelaksanaan kadar denda baru itu tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan ia hanya berkuatkuasa mulai 15 Oktober ini.

"Selain itu, kadar denda bagi kehilangan pertama adalah RM100 dan kedua (RM300),

Bagi permohonan gantian kad pengenalan kali pertama, individu berkenaan boleh terus ke kaunter JPN, manakala kali kedua pula perlu membuat satu laporan polis dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya, pemohon akan disiasat terlebih dahulu sebelum kad pengenalan baru dikeluarkan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menetapkan RM1,000 sebagai kadar baru denda bagi kehilangan MyKad untuk kali ketiga dan seterusnya.

pengecualian kadar denda itu akan diberikan hanya kepada OKU, fakir miskin, warga emas berusia 60 tahun ke atas, mengsa bencana, kes jenayah seperti samun, kecurian dan ragut serta remaja warga Malaysia berusia 18 tahun ke bawah.

[Update]MH370 Dijumpai Di Filipina!

Polis Sabah mengesahkan menerima laporan berhubung penemuan bangkai pesawat di kepulauan di selatan Filipina.

Ketua Polis Sabah, Datuk Jalaludin Abdul Rahman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu malam, mengesahkan laporan itu diterima dan siasatan akan dijalankan.

Laporan itu dibuat di Balai Polis Sandakan oleh seorang lelaki bernama Jamil Omar pada Jumaat.

Menurut Jalaludin, pengadu mendakwa, ibu saudaranya Siti Kayam telah menemui satu bangkai kapal terbang di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi.

"Pengadu mendakwa, ibu saudaranya telah memasuki bangkai pesawat itu dan melihat terdapat banyak rangka manusia dan telah menemui sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Justeru, katanya, Cawangan Khas Polis akan mengambil keterangan daripada pengadu bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara itu.

Beliau bagaimanapun, menegaskan, sama ada maklumat itu benar atau tidak, ia belum dapat dipastikan setakat ini.
Sumber-Awani

Info Palsu



Pejabat Perdana Menteri menafikan kesahihan gambar yang memaparkan kononnya satu kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penutupan sekolah akibat jerebu.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan di akaun Facebook, PMO Malaysia, berkata kenyataan itu adalah palsu dan tidak ada apa-apa arahan berkaitan penutupan sekolah akibat jerebu yang dikeluarkan oleh perdana menteri baru-baru ini menerusi laman Twitter beliau.

Semua pihak perlu menghentikan penyebaran imej ini. Ini adalah perbuatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan siasatan asal usul pertama imej ini akan dilakukan serta merta oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.


"Tindakan juga akan diambil terhadap mereka yang melanggar undang-undang Malaysia," kata PMO.

Kenyataan palsu menerusi Twitter yang dicatatkan pada 12.03 pagi, 26 Sept itu memetik perdana menteri sebagai berkata "Saya memohon Kementerian Pendidikan menutup semua sekolah seluruh Malaysia pada hari Isnin dan Selasa berikutan jerebu".

-- BERNAMA

Harga Minyak 1 Oktober

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Oktober 2015 naik 10 sen seliter berkuat kuasa esok 1 Oktober.

Menurut sumber pengusaha stesen minyak, dengan itu, harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.45 seliter) manakala diesel (RM1.90 seliter).

“Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Oktober
Sumber-utusan online

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...