Kunci Masjid,Buka Gareja

MENGAPAKAH DI MALAYSIA agama Kristian berkembang dan agama Islam tidak?
Kerana:
Orang Islam menjual/memperdagangkan agamanya. Air jampi dijual, jus Tok Guru kononnya telah dijampi. Minyak ubat urut Anugerah kononnya dibacakan ayat suci 30 juzuk dijual dengan harga mahal. Agama Kristian tak jual malahan produknya diberi percuma.
Ustaz-ustaz mengajar agama “demand”/meminta bayaran tinggi. Mubaligh
Kristian berdakwah secara percuma. Sehingga jauh ke pendalaman. Malahan
menanggung sendiri makan minum dan tempat tinggalnya.
Jabatan Agama Islam sibuk nak tangkap khalwat, orang pergi karaoke dan bernikah di Siam. Agama Kristian sibuk membantu orang dalam kesusahan (janda, miskin, mangsa tanah runtuh, banjir).
Gereja boleh dimasuki bila-bila masa tetapi masjid dikunci. (Tak bagi orang masuk, tidur kononnya).
Imam solat kerana waktu kerjanya (dibayar gaji), paderi sukarela.
Air zam zam dijual mahal tetapi Kristian memberi holy water secara percuma.
Jabatan Agama Islam sibuk menghukum dan menakutkan orang tapi Kristian sibuk berdakwah.
Ustaz-ustaz sibuk menjual tanah suci. membawa orang ke Mekah, Umrah. Harganya mahal. Bermotifkan keuntungan melampau. Paderi sibuk menaja orang orang susah membaiki rumah dan bantuan barang barang dapur.
Pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam, Jabatan Zakat sibuk promosi nak naik gred bergaji besar. Bajet “pengurusan” lebih besar dibandingkan kepada golongan asnaf. Paderi sibuk membuat kebajikan.
Ustaz-ustaz sibuk menjadi tok bomoh, boleh mengubati seribu macam penyakit. Paderi sibuk membina hospital.
Orang Islam sibuk dengan milikan rumah besar, kereta besar, motor besar untuk kepuasan diri.
Tetapi orang Kristian sibuk berdakwah mencuba menarik hati orang Islam yang tidak punya harta.
Renungkanlah.
INGATAN UTK DIRI SENDIRI DAN KAWAN2 LAIN:

PTPTN;kaedah pemotongan gaji dimansuhkan

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan berhenti mengutip bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui kaedah potongan gaji mulai 1 Nov ini.

Kenyataan LHDN hari ini menyebut semua majikan yang membuat potongan gaji pekerja bagi bayaran balik pinjaman hendaklah mengemukakan bayaran tersebut terus kepada PTPTN.

"Kerajaan telah memutuskan bahawa mulai 1 Nov 2015, LHDN tidak lagi bertindak sebagai ejen kutipan bayaran balik pinjaman PTPTN," menurut kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan mengenai bayaran balik pinjaman PTPTN melalui kaedah potongan gaji boleh berhubung terus dengan PTPTN di talian 03-20986484 /7336 /6462.
Ketika ini jumlah keseluruhan peminjam PTPTN adalah 2.37 juta orang melibatkan jumlah pinjaman sebanyak RM53.7 bilion manakala 607,842 pula merupakan peminjam tegar dengan jumlah pinjaman sebanyak RM4.9 bilion.
sumber-Awani

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...