MB kedah berdendam?

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir tegas dengan pendirian akan memberi tumpuan kepada usaha menunaikan manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah dan mengutamakan pengundi yang menyokong parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Katanya, beliau tidak boleh berbuat apa-apa jika ada pihak mempunyai persepsi negatif kerana pendiriannya tidak berubah seperti pernah diperjelas dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah baru-baru ini. "Pihak lawan kami pun ada manifestonya tetapi keputusan PRU-13 kami yang menang, sudah tentu manifesto kami yang akan kami laksanakan.

"Saya juga menyatakan apabila sudah selesai apa yang telah kami janjikan dan ada lebihan-lebihan sikit, pada waktu itu kita berilah perhatian kepada mereka. Kalau mereka mahu cepat marilah sebelah kami ini, senanglah kami mahu buat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas UMNO Kedah di sini malam tadi.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang menuduhnya menunjukkan tanda-tanda seorang Menteri Besar pendendam dan ingin menghukum masyarakat Cina kerana tidak mengundi BN. Perkara itu berikutan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkenaan dilapor membuat kenyataan pentadbirannya akan menumpukan kepada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.

Menurut Mukhriz, pendirian beliau itu bukan kerana berdendam tetapi keputusan pilihan raya umum lalu jelas menunjukkan ada golongan masyarakat tertentu lebih memihak kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ditanya pendirian tersebut akan menghakis sokongan pengundi Cina, beliau berkata, sokongan kaum itu sudah sedia terhakis dan mereka kurang bernasib baik kerana walaupun undi lebih kepada DAP namun tetap gagal mengekalkan kedudukan di Kedah serta merampas Dewan Rakyat.

a2u kata: masa ketua depa hina kita tak pula rasis(berdendam), bila kita acah sikit mula la depa dok meroyan,potong tang koner sungguh la puak nih.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...