Pingat Olympic terbaru untuk Malaysia

Pandelela Rinong ternyata tidak menghampakan sandaran negara terhadapnya apabila dia menghasilkan pingat kedua Olimpik buat kontinjen Malaysia, selepas menduduki tempat ketiga saingan akhir 10m platform wanita individu, awal pagi tadi.

Gadis Bidayuh berusia 19 tahun itu bangkit daripada terjunan hambar pada cubaan pertama dan menamatkan saingan lima terjunan dengan 359.20 mata, di belakang Chen Ruolin dari China yang unggul mempertahankan gelarannya dengan 422.30 mata dan perak milik penerjun Australia, Brittany Broben (366.50).

Ia merupakan pingat kedua buat kontinjen negara selepas perak yang disumbangkan Datuk Lee Chong Wei, Ahad lalu, sekaligus memperbaiki persembahan Malaysia pada Beijing 2008. - UTUSAN

#berapa agaknya perbelanjaan kerajaan bagi semua atlet2 dan sukan2 keseluruhanya di Malaysia?jutaan atau billionan!!adakah hanya kerana mahukan 'nama'  disanjung di antarabangsa jutaan ringgit dihabiskan begitu sahaja, bukan ke lagi baik kalau duit2 tu guna untuk beli peralatan ketenteraan,pendidikan... kita bukan anti sukan,tapi berpada-pada lah,'jangan menang sorak kampong tergadai'... takkan tunggu bila keadaan negara nak berperang baru nak beli senjata..terlewat sudah bah..

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...