Ubah had pengeluaran tunai bank

Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tidak tahu cara dan proses ni kan!, pengeluaran tunai melalui mesin dihadkan oleh jenis bank-bank yang berbeza, contohnya had pengeluaran kat CIMBbank biasanya ialah RM3000, manakala Maybank pula adalah RM1000.
Tetapi bagi pengguna yang mahu jumlah had pengeluaran tunai yang lebih tinggi,proses tersebut boleh dibuat melalui ATM dan di sini aku kongsikan tips, bagaimana untuk mengubah had pengeluaran tunai melalui mesin ATM.

1 masukkan kad bank anda ke mesin ATM
2 pilih bahasa yang ingin digunakan
3 memasukkan PIN anda
4 pilih perkhidmatan lain-lain @ others
5 pilih butang penukaran had pengeluaran
6 masukkan had baru (tidak lebih melebihi RM5000)
7 masukkan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

Selepas selesai proses tersebut, kini dah boleh membuat pengeluaran tunai dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang asal, namun bagi pengeluaran yang melebihi rm5000 kita terpaksa menggunakan kaedah lain lah ye..

CUEPACS tuntut lagi..

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan mengemukakan empat tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjamin kebajikan pekerja di tujuh badan berkanun selepas mereka tamat perkhidmatan kelak.

Tuntutan tersebut ialah mewujudkan Skim Dana Pencen dan memanjangkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) yang diperoleh sektor awam selama ini kepada tujuh agensi berkenaan selain meminta kerajaan membayar sagu hati tamat perkhidmatan kepada pekerja sektor tersebut.
sumber-kosmo
Harapnya datok-datok sekalian tumpu pada sektor2 lain sama ye.

Syarat baru:JPJ benarkan ubahsuai kereta

 Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian

SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF
Bilangan 1 Tahun 2012
Senarai Lapan (8) Permohonan Teknikal Bahagian Kejuruteraan Automotif Yang Digugurkan

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas

2. Untuk makluman pihak tuan, di bawah Seksyen 12(D) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah menggariskan bahawa pemilik kenderaan memaklumkan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan sekiranya terdapat perubahan maklumat selepas pendaftaran yang melibatkan berat, dimensi, ciri ciri pembinaan, warna butir butir pengenalan atau tempat duduk. Berdasarkan seksyen ini, Bahagian Kejuruteraan AUtomotif telah melakukan pelbagai transaksi yang melibatkan pengubahsuaian teknikal yang melibatkan identiti dan ciri ciri keselamatan sesebuah kenderaan.


3. Namun begitu, bagi tujuan memudahkan orang awam berurusan dengan pihak JPJ, beberapa permohonan teknikal ini AKAN DIGUGURKAN DAN AKAN DIGANTIKAN dengan satu buku garis panduan berkenaan pengubahsuaian kenderaan persendirian. Garis panduan ini penting terutamanya bagi tujuan penguatkuasaan dan akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Kejuruteraan Automotif. Senarai permohonan teknikal yang akan digugurkan adalah seperti berikut :

1 Permohonan pemasangan sunroof/moonroof
2 Permohonan bawa tangga/bot/surfboard/basikal
3 Permohonana tukar gear manual / automatik
4 Permohonan memasang kanopi
5 Permohonan memasang kanvas
6 Permohonan menambah aksesori (winch, spotlight, kangaroo bar, snorkel)
7 Permohonan memasang roof-rack (para bumbung)
8 Permohonan membina badan bas baru


4. Sehubungan dengan itu, semua pengubahsuaian kenderaan persendirian yang melibatkan permohonan di atas TIDAK PERLU lagi memohon kelulusan daripada Bahagian Kejuruteraan Automotif dan menjalankan pemeriksaan di PUSPAKOM. Sebarang pertanyaan berkenaan ini boleh dirujuk kepada Bahagian Kejuruteraan Automotif, Ibu Pejabat JPJ.

Sekian, terima kasih

"MESRA, CEKAP, TELUS"


Sumber-JPJ

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...