KAYU HIKMAT

“Sesiapa yang didapati mencuri barang-barang dalam istana ini akan ditangkap! Diarahkan semua pengawal yang bertugas pada malam tadi berkumpul!” Kata penasihat istana.

Suasana agak tegang. Pada malam sebelumnya, barang-barang berharga telah didapati hilang dari istana. Penasihat istana mengesyaki salah seorang daripada pengawal-pengawal istana yang berkawal pada malam itu terlibat. Tetapi siapakah orangnya?

“Pihak istana memberi peluang kepada orang yang terlibat untuk mengaku salah serta memulangkan semula barang yang dicuri. Jangan lepaskan tawaran ini. Jika tidak pencuri akan dihukum.”

Tiada respons.
 
“Baiklah, kalau begitu saya tiada pilihan lain. Saya terpaksa menggunakan kayu hikmat ini,” katanya sambil mengeluarkan beberapa batang kayu yang lurus dan sama sahaja panjangnya.
 
Semua pengawal tersentak. Kayu hikmat? Timbul gerun di hati masing-masing. Adakah itu benar-benar kayu hikmat?
 
“Setiap orang daripada kamu akan diberikan sebatang kayu hikmat ini. Bawa pulang ke rumah masing-masing. Esok kamu serahkan semula kayu hikmat ini. Kayu yang didapati lebih panjang sejengkal daripada yang lain itu tandanya dialah pencuri yang kita cari!”
 
Masing-masing membawa pulang kayu hikmat. Si pencuri begitu takut tertangkap dengan petunjuk kayu hikmat itu. Dia mula berfikir mencari helah untuk melepaskan diri.
 
“Ya, aku akan potong kayu ini sejengkal. Jika kayu ini memanjang sejengkal, maka ia akan sama panjang dengan panjang asalnya!’ Fikirnya.
 
Pada kesokan harinya, semua pengawal menyerahkan kayu hikmat masing-masing. Setelah diperiksa, hanya satu kayu yang berbeza, namun yang mengejutkan bukannya lebih panjang, tetapi lebih pendek sejengkal!
 
“Kamulah pencurinya!” Kata penasihat istana dengan yakin.
 
“Tetapi tuan... kayu hikmat itu bukannya makin panjang, tetapi lebih pendek?”
 
“Ya. Sebenarnya kayu ini kayu biasa sahaja. Kayu ini tidak boleh memanjang pun. Tetapi hari ini saya dapati batang kayu kamu lebih pendek daipada yang lain. Kamu tahu kenapa?”
 
Pengawal yang bertanya itu terdiam.
Penasihat berkata, “Kerana kamu memotongnya dengan anggapan jika kayu itu memanjang maka ukurannya akan menjadi sama dengan ukuran asal. Bukankah begitu?”
 
 
 
PENGAJARAN
 
Kecerdikan sahaja tidak memadai untuk membina kehidupan yang baik. Apa yang lebih penting ialah kejujuran. Kejujuran akan menyelamatkan kita dalam menghadapi segala pancaroba dalam kehidupan.
 
 
 
*Diadaptasi daripada buku Angguk Geleng, Himpunan Kisah Dakwah Satira Oleh Pahrol Mohamad Juoi dan Husna Hassan.

BR1M dibayar awal

Melalui pengumuman Bajet 2015, kerajaan memutuskan pemberian BR1M pada tahun ini diagihkan kepada tiga peringkat. Bayaran peringkat pertama telah diagihkan pada 15 Januari, 2015 dan peringkat kedua pada 28 Mei, 2015.

Bagaimanapun  bayaran bagi peringkat ketiga dipercepatkan sempena ketibaan Hari Raya Aildiladha,Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2015 yang dijadualkan pada akhir September ini akan dipercepatkan mulai 21 September. Pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima masing- masing.

Bagi mereka yang tiada nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan  terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana  cawangan BSN, Maybank, CIMB dan Public Bank yang berhampiran.

Harga MYkad naik?

Kenyataan JPN nafi cerita akan menaikkan yuran proses MyKAD dari RM10 kepada RN50

Dengan kenyataan tersebut jelas menafikan khabar angin yang tersebar luas menerusi aplikasi whatsapp yang kadar yuran proses bakal dinaikkan dari rm10 kepada rm50 dan kadar bayaran proses Mykad adalah tidak berubah serta masih kekal pada harga asal sebelum ini.

Gambar mangsa kren mati dalam keadaan bersujud

Gambar mangsa runtuhan kren di Mekah, Tragedi kren tumbang yang terjadi di Masjidil Haram, Mekah dilap0rkan telah mengorbankan sekitar 107 jemaah haji dari seluruh dunia,semoga Allah mengampuni segala dosa2 hambanya yg soleh..amin.



Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...