peringatan cuaca panas

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan cuaca panas dan kering pada monsun barat daya yang akan melanda negara bermula Mei hingga September depan, tetapi ia tidak seteruk tahun-tahun sebelum ini.
Timbalan Ketua Pengarah Aplikasi JMM, Alui Bahari berkata, keadaan cuaca kini yang sering berubah-ubah dan tidak menentu adalah disebabkan berlakunya peralihan monsun dan dijangka kembali normal menjelang penghujung bulan ini.
"Keadaan suhu laut yang normal bagi monsun barat daya ini banyak mempengaruhi perubahan cuaca menjadikan keadaan panas kering bagi monsun kali ini dijangka tidak seteruk tahun-tahun lepas,” katanya di Forum Iklim Kebangsaan Monsun Barat Daya di sini semalam.
Beliau berkata, cuaca panas dan kering kali ini diramal mencapai suhu maksimum sehingga 34 darjah celsius dan suhu minimum adalah 23 darjah celsius.
Alui berkata, cuaca panas dan kering mampu mencetuskan keadaan berjerebu dan ia tidak dapat dielakkan, namun ia mampu dikurangkan sekiranya masyarakat tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka. – BERNAMA

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...