Cukup menyedihkan melihat Hutan Simpan Gunung Inas, di sini yang
merupakan tulang belakang sistem ekologi bagi penduduk daerah Kedah
Tengah dan Selatan menghadapi kemusnahan akibat kegiatan pembalakan
tidak terkawal.
Hutan yang dahulu dilitupi dengan rimbunan menghijau pelbagai jenis
pokok dan tumbuhan menjadi semakin gondol ekoran aktiviti pembalakan
atas alasan untuk memajukan tanah.
Difahamkan, 5,000 hektar kawasan Hutan Simpan Gunung Inas, Baling
yang berkeluasan kira-kira 15,000 hektar akan diteroka bagi pelaksanaan
projek Ladang Sejahtera dengan tanaman getah berklon balak.
Ini bermakna, satu pertiga daripada kawasan gunung yang kaya dengan
khazanah alam sekitar itu terpaksa ditarah dan dibersihkan bagi
memberikan laluan kepada projek tersebut.
Tahun ini sahaja seluas 400 hektar kawasan hutan simpan itu
‘dibersihkan’ untuk projek berkenaan yang dilaksanakan oleh Perbadanan
Menteri Besar Kedah (PMBKed) dengan kerjasama anak syarikat perbadanan
negeri.
Ladang Sejahtera yang dibangunkan itu juga dikatakan sebagai ganti
kepada penebangan semua pokok di kawasan gunung berkenaan namun, timbul
persoalan adakah tanaman getah berklon balak tersebut dapat menggantikan
kemusnahan hutan yang kaya dengan khazanah alam itu.
Bahkan, pelaksanaan projek dipersoalkan banyak pihak memandangkan ia
sepatutnya boleh dibangunkan di kawasan tanah pamah bagi memastikan
pembangunan secara lestari.
Sesetengah pihak turut mendakwa pembukaan ladang itu hanya alasan
kerajaan Pas Kedah bagi mewajarkan balak pelbagai saiz dapat dikeluarkan
dari kawasan gunung berkenaan bagi menambah pendapatan kerajaan negeri.
Meskipun kerajaan Pas Kedah mempertahankan tindakannya membuka
Ladang Sejahtera di kawasan berkenaan, hakikatnya kegiatan pembalakan
yang diberi nama jolokan ‘cuci hutan’ oleh penduduk itu telah
mengakibatkan kerosakan ekosistem alam serta membawa banyak kesan buruk.
Rata-rata penduduk di sekitar kawasan itu yang ditemui Utusan
Malaysia baru-baru ini marah dan kecewa dengan kegiatan pembalakan
berkenaan yang telah menjelaskan kehidupan mereka.
Seorang penduduk, Abdul Razak Che Ahmad, 51, dari Kampung Iboi
berkata, bekalan air ke kediaman mereka dari sumber hutan simpan
berkenaan menjadi kekuningan dan berkeladak akibat pembalakan berleluasa
sejak dua tahun lalu.
Keadaan itu, katanya, menjejaskan kehidupan lebih 2,000 penduduk di
Kampung Iboi, Kampung Bukit Iboi, Kampung Masjid Iboi, Kampung Bok Bak
dan Kampung Padang Empang yang bergantung sepenuhnya kepada bekalan air
dari sumber sungai untuk menjalankan aktiviti harian seperti mandi dan
memasak.
“Apakah wajar sumber alam yang memberi kemudahan kepada penduduk
seperti bekalan air masyarakat dikorbankan semata-mata hendak
melaksanakan projek Ladang Rakyat?" kata Abdul Razak.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Iboi berkata, penduduk sedar kepentingan pembangunan
yang mahu dibawa tetapi pengambilan balak secara berleluasa menyebabkan
penduduk terutama dari lima kampung berkenaan menanggung kesulitan.
“Bekalan air masyarakat yang disalurkan kepada sekolah turut
terjejas. Projek yang membawa kepada kemusnahan hutan itu perlu
dihentikan segera demi kebaikan rakyat dan masa depan generasi akan
datang," katanya.
Hanafiah Wan Teh, 42, dari Kampung Iboi berkata, sumber pendapatan
penduduk kampung dari kawasan rekreasi Lata Chelak sudah tertutup
apabila orang ramai tidak berminat ke situ selepas airnya tidak lagi
jernih.
Menurutnya, begitu juga Empangan Iboi yang pernah menjadi juara
sungai angkat peringkat negeri pada 2009 semakin terbiar dan tidak lagi
dikunjungi orang ramai kerana airnya yang keruh.
“Menteri Besar tak usah bercakap soal pembangunan dan kemajuan untuk
rakyat tetapi tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kepayahan
penduduk akibat pembalakan secara berleluasa ini," katanya.
Di samping itu, penduduk yang memperoleh pendapatan sampingan dengan
menjual hasil hutan dan tangkapan ikan mengeluh kerana mereka kini
sukar mencari rezeki akibat penggondolan hutan dan keadaan air sungai
yang sentiasa kekuningan.
sumber-utusan
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
1 comments/pendapat:
cantikkk la permandangan nih.
Catat Ulasan