pembelot Lahad Datu didedahkan!

Seorang lagi lelaki yang dikaitkan dengan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu pada Februari lalu berdepan hukuman mati selepas dia didakwa di Mahkamah Tinggi di sini kerana melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Totoh Hismullah dituduh melakukan kesalahan itu dari 9 Februari hingga 29 Mac lalu di Kampung Simunul, Semporna, mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Dia turut didakwa menurut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan kerana menjadi anggota kumpulan pengganas dan boleh dihukum penjara seumur hidup dan boleh didenda.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di hadapan Hakim P. Ravinthran yang bersidang di Penjara Tawau.

Dengan pertuduhan terbaharu hari ini, jumlah individu yang dihadapkan ke mahkamah berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu kini menjadi 31 orang termasuk seorang anggota polis, Koperal Hassan Ali Basri.

Bercakap kepada pemberita selepas prosiding hari ini, Abdul Gani berkata kesemua tertuduh telah melantik peguam masing-masing kecuali seorang tertuduh yang akan diwakili peguam yang bakal dilantik mahkamah tidak lama lagi.

Abdul Gani berkata, pihak pendakwaan juga mendapat persetujuan daripada mahkamah supaya kesemua kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada prosiding seterusnya termasuk sesi perbicaraan.

"Saya dah mengemukakan proposal (permohonan) secara bertulis kepada CJSS (Hakim Besar Sabah dan Sarawak) untuk semua kes ini dipindahkan ke Kota Kinabalu dan proposal saya sudahpun dipersetujui," katanya.

Katanya, kesemua kes itu, kecuali kes Hassan yang tarikh perbicaraannya sudah ditetapkan, akan disebut semula di Kota Kinabalu pada 27 Jun ini manakala perbicaraan Hassan juga di Kota Kinabalu, akan bermula pada 24 Jun.
sumber-utusan

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...