HARGA KERETA TURUN,BERAPA?

Sejak dua menjak ni kedengaran la beberapa syarikat pengeluar kereta seperti Perodua dan Proton yang  mewar-warkan penurunan harga kereta keluaran mereka seperti Perodua Myvi,Perodua Viva,Proton Saga sv dll. Penurunan yang tak berapa ketara ni menjadi isu hangat kat tempat aku.

Harga kereta turun,harga kereta murah,harga kereta runtuh macam-macam la kedengaran sembang2 di kedai 'kopi' macam kopi super power best tu, ada yang mempertikai kenapa sekarang baru nak turun harga kereta,ada juga cakap penurunan harga kereta tu tak seberapa pun,tak kurang juga ada yang suka mengutuk,macam-macam la kan,turun salah tak turun lagi la bersalah dan dipersalahkan kerana kebersalahan,aduhhh...

Model-model yang turun harga  adalah seperti Viva mengalami penurunan 5.4 peratus kepada RM35,174, Myvi empat peratus kepada RM48,424 dan Alza 3.4 peratus kepada RM57,017. Manakala Proton,Honda, Peugeot dan Volkswagen turun antara 0.7 hingga 11 peratus.

Proton juga telah melancarkan model mampu milik Saga SV yang berharga antara RM33,438 dan RM36,888 iaitu kira-kira RM5,000 lebih rendah berbanding model terdahulu. Ye ke? betul ke ni...apasal masa mula-mula keluar model ni tak dijual dengan harga murah(murah sikit) dari harga terkemudianya yg diturunkan, he he tarasa macam ganjil bin hairan bin ajaib pula.
Tapi walaubagaimanapun kira ok la tu sebab ada penurunan sikit daripada tak turun lansung kan, mungkin penurunan harga kereta ni secara berperingkat kot, ye la kang turun mendadak ada yang gulong tikar bantal semua pula..apa pun kita sebagai pengguna bijak2 la memilih, jangan kerana harga semata-mata.. sekian TE..RI..MA..KA..SIH..CEK..GUU.....
sumber-utusan

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...