Berpecah kita hanya kerana..

Hampir 5,000 orang menadah tangan sambil bermunajat dan berdoa dalam program Istighasah al-Kubra di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini, bagi memohon umat Islam bersatu-padu serta meninggalkan ketaksuban terhadap ideologi politik masing-masing sehingga sanggup berpecah-belah.
 
Majlis tersebut bermula seawal pukul 4 pagi dengan acara qiamullail iaitu para jemaah mendirikan solat sunat tahajud, solat sunat hajat, solat sunat witir dan kemudiannya diikuti dengan solat subuh, tazkirah dan bacaan zikir munajat beramai-ramai di pekarangan masjid sebelum ia berakhir pada pukul 8 pagi.

Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Datuk Zainal Abidin Sakom berkata, yayasan tersebut dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berganding bahu menganjurkan program Istighasah al-Kubra itu.

''Selepas gagal menyatukan umat Islam dengan cara pujuk rayu, timbul inisiatif kita untuk berdoa kepada Allah supaya penyatuan dapat dilaksana demi keamanan dan kesejahteraan rakyat negara ini," katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut di sini hari ini . utusan

semoga mendapat kebaikan yang banyak diatas usaha yang sedikit,kalau kita berpecah bukanlah salah pihak lain sebaliknya terpulang pada kita sendiri,tuhan kurniakan akal fikiran supaya kita dapat menilai baik buruk,namun hanya kerana menjadi penyokong parti2 tertentu menjadikan kita lupa,lalai serta alpa..

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...