Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) 9julai, kecoh
apabila seorang lelaki dan wanita membawa pedang samurai cuba memasuki pejabat JPM,dalam kejadian lebih kurang pukul 2.30 petang menyebabkan orang ramai dan penjawat awam lari menyelamatkan diri. Kedua-dua pasangan tersebut berjumpa anggota polis bantuan yang mengawal pintu
masuk kompleks itu untuk meminta kebenaran masuk ke pejabat Perdana
Menteri.
“Apabila tidak dibenarkan, dengan tiba-tiba lelaki yang mengaku
sebagai Imam Mahadi itu mengeluarkan pedang samurai sebelum mengacukan
kepada anggota polis bantuan bertugas.
“Kedua-dua mereka terus bergerak sehingga ke kawasan blok B1 sebelum
mengamuk dengan memecahkan cermin beberapa kereta yang berdekatan dengan
blok itu," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Utusan Malaysia difahamkan, lelaki yang tidak berbaju itu dikatakan
memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Kejadian itu menyebabkan orang ramai dan penjawat awam tidak dapat
memasuki bangunan tersebut apabila pintu pagarnya ditutup oleh pihak
polis bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
Serentak itu, Chin Wah berkata, sepasukan anggota Unit Kereta
Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya dikejarkan ke
tempat kejadian.
“Anggota-anggota MPV yang sampai cuba memujuk, tetapi diserang oleh
kedua-dua suspek dan mereka kemudian ditembak oleh anggota polis
berkenaan.
“Suspek perempuan cedera di paha kanan manakala lelaki pula di bahagian tangan dan ari-ari bahagian kiri," katanya.
Beliau berkata, kedua-dua suspek ditangkap dan dihantar ke hospital
untuk rawatan dan butir-butir suspek serta motif kejadian dalam
siasatan.
“Suspek lelaki disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul
Razak Abdul Majid pada sidang akhbar di pejabatnya berkata, berdasarkan
maklumat awal, mangsa dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47,
manakala suspek wanita adalah Muhdalina Ahmad, 28.
Katanya, kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan mengenali
satu sama lain sejak seminggu lalu dan Muhdalina adalah bekas pelajar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
“Kami juga dimaklumkan bahawa lelaki terbabit memiliki seorang anak manakala suspek perempuan mempunyai dua anak," katanya.
Ketika ditanya adakah kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan
jaringan pengganas, beliau berkata, perkara itu masih dalam siasatan
polis.
“Begitu juga dengan dakwaan suspek adalah seorang penulis blog yang dikatakan mengutuk pihak berkuasa," katanya.-Utusan
Perjuangan matlamat tidak menghalalkan cara... Semoga jadi iktibar buat kita semua..
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
4 comments/pendapat:
al fatihah buat arwah blogger jayanega nih.
its very complecated post, you should define more bit a little.
kenapa mengapa dia mengamuk?adakah kerana sudah bosan hidup atau dia ni memang something wrong....
tanya sama itu hud hud meh,,,
Catat Ulasan