Yahaya Ibrahim, 78, bekas suami seorang guru agama, menafikan menceraikan isterinya disebabkan perbezaan fahaman politik,sebaliknya mendakwa, dia menceraikan Che Hasnah Che Ahmad,
61, kerana bekas isterinya itu telah sesat akibat tidak mengamalkan
ajaran Islam.
Dia bagaimanapun berhasrat untuk rujuk tetapi dengan syarat wanita itu mesti kembali kepada ajaran Islam.
"Cerai bukan sebab politik tapi dia sudah sesat. Ia bukan setakat solat lima waktu tetapi banyak aspek yang menyesatkan.
"Saya cerai sebab dia tidak ikut cara Islam seperti ajaran Nabi
Muhammad SAW, seperti yang dikehendaki oleh Allah," katanya di sini hari
ini.
Ketika diajukan soalan apakah yang dilakukan oleh bekas isterinya itu
yang bercanggah dengan ajaran Islam, Yahaya bagaimanapun enggan
mengulas.
Sementara itu, ketika ditanya adakah perbuatan isterinya mendengar
ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai satu
perbuatan yang salah di sisi agama, Yahaya juga enggan menjawab.
Dia kemudiannya menjelaskan, seorang isteri perlu patuh kepada arahan dan mengetahui isi hati suami sendiri.
"Patutnya dia kenalah ikut cakap suami bukan ikut suka je. Orang lain
pakai baju merah, dia pun nak pakai baju merah (baju merah merupakan
tema digunakan UMNO Kelantan).
"Isteri kenalah faham isi hati saya, sebab itu pisah. Saya nak rujuk
kalau dia mahu kat saya balik tapi bersyarat, kena ikut Islam sebenar,"
katanya ringkas sebelum menamatkan perbualan telefon.
Akhbar hari ini melaporkan pasangan tersebut yang berkahwin sejak 14
tahun lalu dan tidak dikurniakan anak bercerai talak satu di Mahkamah
Rendah Syariah semalam.
Che Hasnah dilaporkan sebagai berkata, suaminya memfailkan penceraian
selepas marah dengan tindakannya menghadiri ceramah Hasan di Tanah
Merah pada 11 Jun lalu.
Menurutnya, bekas suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai
Pas, namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional,
malah pernah menjadi Ketua Wanita UMNO Cawangan di kampungnya sekitar
tahun 1980-an.-utusan
#macam-macam hal lah,politik punya fasal pun sampai cerai berai,aduhhhh melayu oh melayu..
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan