Penipuan
sering kali terjadi kepada kita, tak kira la sedar atau tidak sedar,
boleh dikatakan semakin hari semakin menjadi kes penipuan yang
dilaporkan media, pelbagai teknik atau cara baru yang digunakan mereka
yang tidak bertanggungjawab untuk menipu..
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengenal pasti 12 jenis penipuan popular di Malaysia yang digunakan golongan penjenayah kolar putih.. Antaranya :-
1. Jual beli tanah
Modus
operandi: Anggota sindiket berpura-pura hendak menjual tanah yang
kononnya berpotensi dijadikan tapak kilang atau tanah pertanian. Harga
ditawarkan lebih murah berbanding harga pasaran, menyebabkan ramai
terpengaruh. Mangsa ditunjukkan geran tanah sebagai bukti dan diminta
membuat pembayaran tunai. Mangsa hanya menyedari tertipu apabila
mendapati geran tanah diberikan sebenarnya palsu selepas di periksa
dengan pejabat tanah dan tanah ditawarkan itu milik orang lain.
2. Tawaran pakej haji dan umrah
Modus
operandi: Sindiket menyamar kakitangan Lembaga Tabung Haji atau wakil
syarikat agensi pelancongan yang menawarkan pakej haji serta umrah pada
harga murah dan cepat. Namun, selepas mangsa membuat bayaran, pakej
ditawarkan didapati tidak wujud. Ada mangsa menyedari ditipu selepas ada
dilapangan terbang dan bersedia memulakan perjalanan.
3. Bomoh buang sial
Modus
operandi: Dalang mendakwa mangsa ada sial, roh jahat atau nasib malang
dan berkebolehan mengubah keadaan itu jika mangsa menjalani upacara
rawatan khas membuang badi. Proses rawatan biasanya mengambil masa lama
dan mangsa perlu membuat bayaran ditetapkan. Mangsa hanya sedar tertipu
apabila tiada perubahan pada diri dan bomoh menghilangkan diri. Ada juga
mangsa wanita dicabul dan ditiduri.
4. Jual beli kereta
Modus
operandi: Sindiket mencari mangsa yag memiliki kereta tapi belum
menyelesaikan pinjaman atau bermasalah membuat bayaran ansuran dengan
bank. Mereka menawarkan bantuan kononnya boleh menjual kereta mangsa dan
menyelesaikan urusan pinjaman dengan bank. Mangsa menyedari ditipu
apabila pihak bank terus membuat tuntutan bayaran atau menerima saman
lalu lintas. Selepas melakukan pemeriksaan, mangsa akhirnya mendapati
keretanya tidak dijual, manakala anggota sindiket penipuan menghilangkan
diri bersama kereta.
5. Menyewa tanah untuk pembinaan pencawang telekomunikasi
Modus
operandi: Menyamar sebagai wakil syarikat telekomunikasi seperti Celcom
atau Maxis yang kononnya ingin menyewa tanah untuk didirikan pencawang.
Mangsa ditawarkan bayaran sewa bulanan tidak kurang RM10,000.
Bagaimanapun, mangsa diminta menyerahkan geran tanah, membuka akaun bank
baru kononnya untuk memudahkan bayaran sewa dan diminta mengeluarkan
semua duit simpanan dengan alasan untuk mengelak cukai pendapatan.
Selepas duit diserahkan, mereka menghilangkan diri. Kebanyakkan mangsa
adalah penduduk dikawasan kampung.
6. Menang hadiah utama loteri
Modus
operandi: Dalang sindiket biasanya warga Indonesia yang bijak berlakon
kononnya mereka memenangi hadiah utama. Anggota sindiket, termasuk
wanita, mencari mangsa dikawasan awam, terutama wanita yang banyak
memakai barang kemas pemilik kereta mewah dan juga wanita Umno.
Mereka mendakwa tidak boleh menuntut hadiah kemenangan kerana mereka warga asing, lalu menawarkan mangsa tiket loteri mereka dengan meminta bayaran sebanyak RM10,000 atau lebih. Biarpun jumlah itu besar, ia dikatakan jauh lebih rendah berbanding hadiah kemenangan yang kononnya RM200,000. Jika mangsa kekurangan tunai, mangsa boleh menyerahkan barang kemas dengan nilai dikehendaki. Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu apabila mendapati tiket loteri/ekor diberikan sebenarnya tiket menggunakan jarum dan gam.

7. Beli barang runcit dengan cek palsu
Modus
operandi: Sindiket membeli pelbagai barangan runcit, namun pembayaran
terpaksa dibuat dengan sebahagian kecil menggunakan tunai, manakala
sebahagaian besarnya menggunakan cek, Mangsa menyedari tertipu apabila
mendapati cek digunakan tidak laku, manakala syarikat dimaksudkan tidak
wujud.
8. Menjual barangan yang didakwa daripada Jabatan Kastam
Modus
operandi: Sindiket mendakwa memiliki barangan seperti telefon bimbit,
kereta dan komputer yang hendak dijual dengan harga murah kerana ia
kononnya barang lelongan kastam turut digunakan untuk menyakinkan
mangsa.
Mangsa diminta membayar sejumlah wang sebagai cengkeram atau deposit sebelum barangan dihantar kemudian. Namun, penghantaran tidak dibuat dan anggota sindiket menghilangkan diri dengan wang cengkeram.

9. Menang peraduan AF (Akademi Fantasia)
Modus
operandi: Menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya mangsa
bertuah kerana memenangi hadiah peraduan sebanyak RM9,000 Namun mangsa
perlu membuat bayaran ke satu bank sebanyak RM1,000 terlebih dulu.
Mangsa menyedari tertipu apabila wang RM9,000 yang dijanjikan tidak
diserahkan. Polis kesal kerana banyak kali mengeluarkan kenyataan
mengenai penipuan ini, namun orang ramai masih tidak ambil berat dan
sanggup ditipu.
10. Gores dan menang
Modus
operandi: Dianggotai sindiket yang mencari mangsa dirumah, kedai atau
tempat awam. Mangsa diberi kad dan diminta menggores diatasnya untuk
mengetahui hadiah dimenangi. Hadiah dijanjikan termasuk kereta dan wang
tunai. Apabila mangsa ingin menuntut hadiah di premis yang selalunya
beroperasi hanya dalam tempoh singkat, mangsa diminta membuat bayaran
tertentu. Seringkali mangsa hanya menerima hadiah barangan elektrik,
kerusi urut atau pinggan mangkuk yang tidak setimpal dengan wang
dilaburkan.
11. Tawaran bantuan kebajikan dan rumah PPRT/kos rendah
Modus
operandi: Beroperansi dikawasan luar bandar dan mangsa biasanya orang
tua,miskin atau ibu tunggal. Anggota sindiket menyamar kakitangan
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau wakil yayasan kebajikan. Mangsa
dijanjikan bantuan kewangan tetap bulanan atau rumah PPRT/kos rendah
pada harga potongan lebih 70 peratus.
Untuk memperolehnya, mangsa diminta mengeluarkan semua wang didalam bank bagi membuka akaun baru atau membuat sejumlah bayaran, kononnya deposit pembelian rumah. Biasanya, mereka sangup mengikut mangsa ke pejabat LTH atau bank untuk keluarkan wang. Ketika urusan membuka akaun bank baru dan mangsa diminta tunggu diluar bank dan ketika itu anggota sindiket menghilangkan diri.

12. Menang cabutan bertuah dari Hong Kong
Modus
operandi: Mangsa menerima SMS mendakwa menerima hadiah cabutan bertuah
wang tunai mencecah RM50,000 yang diadakan di luar negara.Mangsa
bagaimanapun, diminta membayar yuran pemindahan wang kedalam akaun
tertentu.Selepas bayaran dibuat, wang kemenangan dijanjikan tidak di
peroleh.
-NOR AZMAN BIN NORDIN
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan