Harga minyak turun Bajet macamana!

Kejatuhan harga minyak mentah di pasaran tidak akan menjejaskan peruntukan Bajet 2013 yang akan diumumkan September ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, negara hanya menggunakan kira-kira satu pertiga daripada hasil minyak untuk diperuntukan di dalam bajet tahun depan.

"Walaupun sumbangan hasil petroleum menyusut akibat penurunan harga di pasaran global namun ia tidak akan menjejaskan peruntukan bajet kali ini, masih ada sumber-sumber lain yang boleh diguna pakai," katanya selepas merasmikan kedai konsep francais pengantin, Adamas Sdn. Bhd. di sini hari ini.

Pada Bajet 2012 yang lalu, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan.-Utusan


#Berita baik ni,cuma kerajaan taknak ke turunkan harga petrol dalam negara,ya la memandangkan kat pasaran global harga dah pun turun...

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...