Arak RM99 promosi berbuka puasa!

Tindakan sebuah pasar raya yang menjadikan minuman keras sebagai promosi Ramadan, bulan yang dianggap mulia dan bulan ibadah puasa umat Islam adalah satu perbuatan menghina umat islam-Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan pasar raya di Sri Petaling, Selangor itu sebagai menghina agama Islam dan sengaja dilakukan untuk menguji kesabaran umat Islam.

Katanya, perkara itu bukan insiden pertama berlaku. Ini kerana tahun lalu sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris turut menyiarkan iklan berbuka puasa yang mempromosikan masakan haram berasaskan babi.

“Sesuatu yang tidak masuk akal rakyat Malaysia tidak tahu ini berkaitan dengan sensitiviti umat Islam dan kita dapati bahawa ini disengajakan dan perbuatan sengaja ini sebenarnya telah mencabar dan menghina umat Islam.

“Pihak yang bertanggungjawab jangan tunggu sampai orang berdemo buat bantahan, mereka mesti mengambil tindakan. Ini kerana jika tindakan tidak diambil dan hanya amaran diberi ia seolah-olah mengalakkan mereka untuk terus melakukannya,” tegas beliau.

Dalam temubual eksklusif bersama UTUSAN ONLINE, beliau meminta umat Islam mengunakan kuasa mereka sebagai pengguna untuk memboikot barangan tersebut agar agama dan umat Islam tidak terus diperlekehkan.
Oleh: Khairulanuar Yahaya

Nampak sangat ini suatu perbuatan yang sengaja,takkan la makhluk bukan islam kat malaysia ni tak tahu yang arak tu haram bagi umat islam,tapi macam biasa la kan pihak berkuasa diam tengok je,tak perlu la ambil tindakan apa-apa dulu.. tunggu sehingga keadaan jadi panas baru la gunakan FRU.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...