PAS SYIAH@SUNNAH

Rakaman ini adalah respon kepada Ijtima' Tarbawi PAS 2011 yang diadakan di Taman Melewar baru² ini di mana turut diundang dua tokoh dari Ikhwanul Muslimin iaitu Dr Mahdi Akif mantan Mursyidul Am dan Dr Kamal Al Helbawi dari Ikhwanul Muslimin Mesir.

ini bukan isu politik,tetapi ia adalah soal melibatkan akidah.. jangan kita tergolong dalam golongan Khawarij PAS atau mana2 golongan yang sesat.

Apakah kita dilandasan yang betul sekiranya bersekongkol,bersubahat,memberontak,merusuh dan MENGUNDI dalam usaha menjatuhkan sebuah kerajaan islam yang memerintah negara!
Ajaran Islam melarang memberontak atau menjatuhkan sebuah kerajaan yang pemimpinya ISLAM hatta pemimpin itu kurang berlaku adil kepada kita sekalipun,renung-renungkan dimana kita sekarang..
sumber-pisau.net

Menyokong PAS adalah haram:pengakuan bekas kader PAS


Pengakuan dibawah adalah dari bekas Kader PAS,tidak ada tokot tambah atau sebagainya.. bersama kita ambil iktibar dari apa yang didedahkan,tidak kira anda PAS  atau UMNO berjuang menentang pemerintah adalah haram hatta pemimpin itu kurang berlaku adil sekalipun..Setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan di atas kemusnahan,keburukan,keruntuhan ummat walau melalui satu UNDI..
Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.
Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.
Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.


Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrasi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik disapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan. Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains.Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin(Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidakkah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT.Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa system khalifah / daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Islamkah kita kalau mendoakan kehancuran kepada ummat islam yang lain?

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc.. tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus.. Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahajakah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.
Oleh : Rahman Kadir
source-pisau.net

Gambar bogel Fasha Sandha

Salam jumaat buat semua.. aku ni bukanlah nak mengata jauh sekali mengumpat,cuma rasa terpanggil untuk menulis sikit kat sini tentang karenah artis-artis malaysia YANG TAK SEDAR DIRI NIH..
yang aku maksudkan ialah tentang pakaian depa semua,terutama masa ada majlis anugerah,masa tu la segala pakaian tak cukup kain direka untuk menjolok mata-mata orang yang menonton.
Contoh tengok gambar fasha sandha berbogel ni,walau kain tutup bahagian depan tapi ibarat berbogel gak la sebab bahagian belakang habis semua didedahkan,bohong la kalau kita takleh nak bayangkan segala buah biji artis ni berbentuk macamna kan!
Sekali tengok fenomena ni dah macam negara yahudi dah aku rasa,itu baru bab pakaian belum masuk bab filem drama lagi yang kebanyakkan main cerita hantu,tahyul,toyol dan segala yol yol lagi...,sampaikan panggung wayang pun dah jadi macam rumah hantu dan dek kerana berlambaknya cerita hantu...pak menteri dan pak finas pla main lulus ja segala benda-benda macamni..aduuhh tak tau la apa nak jadi nanti..

Harus diingat la kan,kalau tuhan turunkan bala bukan puak ni ja yang kena,habis semua akan tanggung kesanya termasuk la aku dan hampa semua aduuhhh minta simpang laa,buat sapa2 yang banyak kain tu,cuba2 la tutup mana-mana yang tak cukup tu...

Bantuan untuk pesakit ke IJN

Puziah Ramli seorang ibu tunggal merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan beliau membawa anaknya Muhammad Hidayat Mohd Salleh, 11, menjalani pemeriksaan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur esok.

Menurut Puziah, 42, anaknya yang belajar di Sekolah Pendidikan Khas di Alor Mengkudu di sini, disahkan menghidap jantung berlubang oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejak berusia 5 tahun.

"Saya tiada pekerjaan tetap hanya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan untuk menyara tiga anak sejak suami meninggal dunia lima tahun lepas,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bongor di sini.

Puziah berkata, selepas suaminya yang bekerja kampung meninggal dunia pada 2006, beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara dua lagi anak, Nurul Nabilah Huda, 20, yang kini menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), manakala Muhammad Iskandar Zukarnian, 14, tidak bersekolah.

Orang ramai yang sudi menolong boleh menyalurkan sumbangan mereka dalam akaun bank CIMB Puziah, bernombor 0205-0127987-52-5 atau menghubungi adik iparnya, Asri, melalui nombor 012-5632845. – Bernama.com

wang bantuan khas awal persekolahan

wang bantuan khas awal persekolahan RM100 akan mula disalurkan hari ini melalui akaun sekolah masing-masing.

Perlaksanaan bantuan
-akan disalurkan kepada pelajar tahun satu hingga tahun lima dan dari tingkatan satu hingga empat bagi sesi persekolahan 2011.
-Bagi pelajar tahun satu dan tingkatan satu sesi persekolahan 2012, pembayaran akan dibuat pada Januari tahun depan.
-pelajar Sabah dan Sarawak akan menerima bantuan itu dalam tempoh seminggu.

Kaedah bantuan
-Wang dimasukkan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) pihak sekolah.
-bagi yang tidak mempunyai akaun BSN, perlu membuka akaun sementara.

Jumlah agihan
-Ia akan diagihkan kepada 5,532,650 pelajar atau ibu bapa,
-5,061,574 pelajar sekolah kebangsaan dan bantuan kerajaan,
-sekolah agama rakyat dan negeri (313,373),
-sekolah persendirian (125,465) ,
-Maktab Sains Mara dan Maktab Tentera Diraja (32,238).

Tujuan
-meringankan beban keluarga berpendapatan rendah bagi membuat persediaan bagi sesi persekolahan tahun depan.

Bantuan kedua
-kerajaan sedang mengkaji untuk menambah jumlah elaun bulanan pelajar matrikulasi di seluruh negara.
elaun semasa pelajar matrikulasi ialah RM250.

Semua wang bantuan tersebut diberikan tanpa mengira status pendapatan keluarga pelajar.

How make a password in Mozilla Firefox on computer program?

Many users require a password to control the use of the web browser on the Internet. It is also used to maintain the confidentiality of privacy in the use of a web browser program. With the controlled use of passwords and confidential.

In general, most browsers such as Mozilla Firefox does not have a function that allows the password configured for use. But there are ways that can be used to enable a web browser that has a password.

To enable a web browser with password function, it requires the installation of computer programs specific to the web browser which is known as an add-on programs. Here I will discuss some of the most popular major browser used.

For the Mozilla Firefox web browser, can be fitted to an additional program Master Password +. It can be downloaded at URL address, https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/master-password/.

For Google Chrome web browser, the additional program can be installed to Simple Startup Password.
It can be downloaded at URL address, https://chrome.google.com/webstore/detail/ojoalkffommhmdmbohjphohoejjmgepc.

There may be additional programs that can be used for functions such as Internet password Lock and others. The same way for programs other browsers.

For Internet Explorer web browser, it can be configured with a password by going to Tools> Internet Options> Content> Content Advisor> General. Next go to the Supervisor Password field and click create. Next enter the desired password and click OK.

If a computer is used in network environments and Windows, can use computer programs to policies such as Group Policy to control the use of a web browser using a password.-megabait

The most popular Games in 2012

The best video game "angry bird" is the most popular games of this century, the records downloaded 500 million times,

Angry Bird is a registered Rovio firm output after two years the popularity of the game is launched, it is the highest compared to other games so far,

This game jumped up the charts after its launch for smartphones Apple products, iPhone, and was launched in mid-December 2009.

now call it a video game "angry bird" is certainly all know and love, a statement by the Head of Marketing Rovio, Peter Vesterbacka.

for me,this games is really great and played by all of edge even my mom and son also like it.

cyber crime prevention

Information Communication and Culture Minister Datok Seri Rais Yatim told, will work together at international level to curb cyber crime,he was speaking at the London conference, which was attended by government agencies, industry and civil society.

"So with that, it can be concluded that this conference has opened the eyes of the world to ensure that cyber crime should be treated with either an associate at the national, regional or international,"
through cyber crime is also planning to be much faster than before, even through the blog and web site-local and international.

crime today no longer know the time and place, as long as the opportunity and space for such activities there, the crime must have occurred, in today's global world this step(international cooperation) is very necessary in order to create a peaceful and secure world for all mankind.

Buffered earnings back again

BE back again in this blog, thank you for the trust our advertisers and also through campaigns maxis nuffnang football hot ticket and spritzer tinge,

and thank you also on the campaigns of the past as
-Unilever Magnum Royal Treatment,
-Sony E-Mount NEX-C3,
-VW Scirocco R Cup 2011,
-Celcom SAMSUNG GALAXY TAB 10.1 Inch,
-Celcom Xplay DJ 2011 LR,
-Motor Trader LB,
-Shell Advance 7 Riding Wonders LB,
In generating income through nuffnang,many bloggers like me hoped campaigns like this. although its value is small but very stimulating my interest to continue to write and disseminate information through the blog.
i have received my first check from nuffnang (clicks Here),special thanks to nuffnang for the past,now and soon BE..

ops sikap dan mekanisme

Menjelang hari raya haji yang bakal disambut oleh seluruh umat islam malaysia pada 6 november ini,Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan ops sikap tetap diteruskan seperti sebelumnya,menurut KDN statistik kemalangan jalanraya berjaya dikurangkan melalui ops sikap,betul ke?

"Kajian yang dijalankan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) secara umum faktor utama ialah berpunca daripada kecuaian pemandu sendiri iaitu memandu dalam keadaan tidak cukup rehat yang menyebabkan badan lesu dan mengantuk, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, memandu melebihi had laju dan sikap tidak berhemah terhadap undang-undang jalan raya,”

 Melalui kenyataan di atas boleh dikatakan semua kesalahan diletakkan kepada pemandu, pada aku kajian tu sekadar kajian yang tidak menyeluruh,memang tak di nafikan pekara-pekara di atas menyumbang pada kemalangan,tapi faktor keadaan fizikal jalanraya juga antara punca berlaku kemalangan,contoh jalan yang tidak diturap dengan baik,kekurangan papan tanda isyarat,jalan-jalan yang sedang diselenggara tidak diletak tanda amaran dengan sempurna,dan juga keadaan fizikal sesebuah kereta itu sendiri,contoh seperti proton saga yang zero safety,ini semua juga menjadi faktor utama pada kemalangan jalanraya..

Pada pihak yang 'berkenaan' kalau nak buat kajian biarlah menyeluruh,jangan hanya meletak kesalahan semuanya kepada pemandu semata-mata. Kalau jalanraya pun berlubang sana sini,dah tentu la mengundang pada kemalangan..

minyak masak boleh menjadi minyak enjin!

Bermula daripada minyak masak yang terpakai dan tidak lagi boleh digunakan ia kini boleh ditukar menjadi minyak pelincir berteknologi hijau.
Menurut Pembantu Penyelidik dari Fakulti Kimia dan Kejuruteraan Universiti Malaysia Pahang (UMP), Mohd. Hafiz Abdul Majid, minyak masak tersebut perlu melalui beberapa proses sebelum ia boleh dijadikan minyak pelincir.
Ujarnya, proses tersebut ditemui oleh pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Madya Dr. Robiah Yunus.
"Pada peringkat awal ia perlu diproses secara berperingkat-peringkat sebelum boleh digunakan," katanya ketika ditemui di Pameran Reka Cipta, Penyelidikan dan Inovasi (PRPI) 2011 anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.
Jelas Hafiz proses pertama adalah pemeringkatan methyl ester kemudian proses transestrefication dan soap removal, terakhir proses methyl ester recovery melalui ATFE (Agitated thin Film Evaporator).
Minyak pelincir kebiasaannya dihasilkan melalui petrolium, namun berikutan ia semakin mahal penggunaan minyak masak terpakai dilihat lebih menjimatkan.
"Minyak pelincir kitar semula tersebut boleh digunakan dalam kerja-kerja besi, pelincir hidraulik serta minyak enjin", ujarnya.
Minyak kitar semula yang dikenali sebagai Green lubricant ini juga lebih mesra alam berikutan ia dihasilkan daripada kelapa sawit.
Produk ciptaan Dr. Robiah ini juga telah menarik minat pihak swasta iaitu Solution Biogen Sdn. Bhd. untuk dikomersialkan, untuk maklumat lanjut anda boleh emailkan pertanyaan kepada Dr. Robiah di alamat emel robiah@eng.upm.edu.my.-utusan
Tak lama lagi harga petrol turun,harga sawit pla meningkat adeehh.

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...