Bantuan untuk pesakit ke IJN

Puziah Ramli seorang ibu tunggal merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan beliau membawa anaknya Muhammad Hidayat Mohd Salleh, 11, menjalani pemeriksaan lanjut di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur esok.

Menurut Puziah, 42, anaknya yang belajar di Sekolah Pendidikan Khas di Alor Mengkudu di sini, disahkan menghidap jantung berlubang oleh doktor Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar sejak berusia 5 tahun.

"Saya tiada pekerjaan tetap hanya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sebulan untuk menyara tiga anak sejak suami meninggal dunia lima tahun lepas,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Kubang Bongor di sini.

Puziah berkata, selepas suaminya yang bekerja kampung meninggal dunia pada 2006, beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara dua lagi anak, Nurul Nabilah Huda, 20, yang kini menuntut di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), manakala Muhammad Iskandar Zukarnian, 14, tidak bersekolah.

Orang ramai yang sudi menolong boleh menyalurkan sumbangan mereka dalam akaun bank CIMB Puziah, bernombor 0205-0127987-52-5 atau menghubungi adik iparnya, Asri, melalui nombor 012-5632845. – Bernama.com

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...