Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) akan meneruskan perhimpunan mempertahankan akidah umat Islam di Shah Alam, Sabtu ini. Pengerusi Bersama Himpun, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, pihak sekretariat akan mengumpulkan seberapa ramai masyarakat Islam daripada pelbagai latar belakang atas semangat persaudaraan demi mempertahankan akidah yang satu walaupun Pas membuat keputusan untuk tidak menyertai program tersebut.
Menurut beliau dorongan perhimpunan itu bertitik-tolak daripada keprihatinan terhadap amanah dan tanggungjawab kepada Allah atas kepentingan akidah tauhid yang satu dan bukan menyentuh untuk kepentingan mana-mana parti politik.
''Kami benar-benar mengharapkan semua pihak memahami bahawa isu yang hendak ditampilkan oleh Himpun ini berkaitan dengan persoalan mempertahankan akidah umat Islam daripada tergugat, pada masa sama mengekalkan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini,''
''Namun begitu, ingin saya jelaskan di sini bahawa kehadiran parti-parti politik termasuk seluruh kepimpinan dan ahlinya adalah amat dialu-alukan. Oleh itu, kami terus membuka undangan kepada semua kepimpinan Islam dari semua parti politik supaya turut serta dalam perhimpunan ini"katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini bagi mengulas keputusan Pas untuk tidak terlibat di dalam program Himpun Sabtu ini.
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya telah dimaklumkan bahawa program itu tidak melibatkan parti-parti politik dan oleh itu, Pas mengambil pendirian untuk tidak terlibat dalam himpunan tersebut sebagai menghormati kehendak penganjur program.
Mengulas lanjut Azmi berkata, di dalam perhimpunan itu pihaknya mahu menyampaikan mesej bahawa akidah umat Islam mesti dipelihara dan diperkukuhkan dalam sebuah negara berbilang agama.
Satu lagi mesej jelas beliau, ialah mengenai penegasan berhubung larangan menyebarkan dan mengembangkan agama selain Islam kepada umat Islam yang sepatutnya dihormati dan tidak dicabar.
''Melalui perhimpunan ini kita juga mahu menyampaikan mesej supaya semangat perhubungan yang harmonis antara semua penganut agama perlu dipertahankan berdasarkan hak dan kebebasan beragama seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan,,'' ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, keengganan Pas menyertai perhimpunan itu membuktikan parti tersebut berkiblatkan kuasa semata-mata.
Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai talam dua muka, beliau turut mendesak Pas supaya membuat pertimbangan untuk kembali ke pangkal jalan semula dengan menyertai perhimpunan ini.
"Tindakan Pas seolah-olah menolak realiti wujudnya cabaran keruntuhan akidah umat Islam yang berleluasa di negara ini.
"Kenapa Pas menggadai prinsip asas agama ini? Adakah mereka (Pas) melihat kuasa politik itu lebih besar daripada perjuangan mendaulatkan agama? Adakah menjaga hati rakan-rakan pembangkangnya lagi penting?'' soalnya.
''Melalui perhimpunan ini kita akan mengingatkan mereka supaya
menghormati agama Islam sebagai agama Persekutuan dan bukannya bertindak
mencetuskan ketegangan agama,''
Tambah Ahmad Zaki, sepatutnya Pas dengan imej Islamnya berada di barisan paling hadapan bagi menangkis gejala murtad dan bukannya bertindak mengecewakan masyarakat Islam kerana enggan terlibat.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman yakin perhimpunan itu akan menerbitkan nilai-nilai positif di kalangan penganut agama lain terhadap Islam.-utusan
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
3 comments/pendapat:
Seluruh masyarakat islam di larang ke Perhimpunan sejuta umat ..!!
untuk kebaikan semua pihak....
sila link dibawah ini...
http://www.malaysiakini.com/news/179287
Islam adalah agama dialog dan hujah.
Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara.
http://www.malaysiakini.com/news/179287
berhimpun bukan nak buat kekacauan,kepala kristian ambiga boleh buat perhimpunan haram BERSIH takkan kita takleh buat..
kalau timbul kekacauan sekalipun namun untuk tegakkan agama allah kita kena hadapi la...
Catat Ulasan