Pembentangan Bajet 2012

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah,
Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.
"Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,”
Beliau ditanya oleh wakil DAP yang ingin tahu langkah-langkah kerajaan memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus.
Perdana Menteri berkata, strategi yang akan diumumkan dalam Bajet 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan. - Bernama
-"bajet mesra rakyat"
"dengar khabar angin penjawat awam bakal dapat kenaikan gaji 40% betul ke!"

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...