harga barang naik:boikot peniaga tamak

 MAT setuju dengan langkah kerajaan negeri yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat daripada peniaga yang tamak,negeri-negeri lain patut contohi apa yang kerajaan terengganu buat untuk kepentingan rakyat.

"Kerajaan negeri terengganu dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta persatuan pengguna di semua peringkat akan melaksanakan Kempen Jom Boikot terhadap mana-mana peniaga yang ingin mengambil kesempatan menaikkan harga ekoran pelbagai insentif yang diumumkan kerajaan dalam Bajet 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna dan Perpaduan Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, kempen pertama kali itu akan digerakkan secara besar-besaran sekiranya peniaga masih berdegil untuk meletakkan harga tinggi kepada setiap barangan keperluan di negeri ini.
Katanya, kerajaan dengan dibantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan pengguna di peringkat daerah bersepakat untuk bertindak jika didapati harga barang keperluan melambung secara mendadak hingga membebankan pengguna di negeri ini.
“Untuk itu pegawai penguat kuasa akan melancarkan pemeriksaan dan tinjauan bagi mengenal pasti kedai atau premis yang menaikkan harga barang-barang kawalan bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sukan Rakyat Peti Undi Seberang Barat Luar Kuala Besut di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat melaporkan jika mengetahui kegiatan peniaga yang mengambil untung berlipat ganda di tempat masing-masing untuk diambil tindakan"

2 comments/pendapat:

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

saya setuju!!

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

ya la kan,dari kerajaan jaga peniaga lebig baik utamakan pengguna.. dlm satu kawasan ada bebrapa peniaga,tapi pengguna dlm satu2 kawasan ramai ooo..undi pilihanraya pun banyak hu u.

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...