Sukarnya menegur Pemerintah

1. Saya menulis menegur seseorang pemimpin di negeri saya sendiri bukan kerana niat untuk menjatuhkan seseorang serta menaikkan seseorang lain, tetapi adalah satu teguran ikhlas berdasarkan apa yang saya dengar dan perhatikan. Bukan mudah untuk menegur pemimpin kerana mereka selalunya lupa bahawa mereka disokong oleh orang-orang bawah untuk boleh berada diatas sana. Jika kita menegur dengan nada biasa tentu saja teguran kita tidak akan diendahkan kerana mereka merasa mereka berkuasa. Yang penting teguran saya itu sudah dapat didengari mereka. Berikutan teguran itu, saya menerima beberapa email, sms serta komen dari banyak pihak. Ada pro dan kontra. Ini juga adalah keadaan biasa dan sangat wajar.
2. Pandangan rakyat terhadap UMNO masih buruk, mungkin kebanyakan pemimpin tidak menyedarinya kerana mereka berada didalam kelompok mereka sendiri saja, justeru mereka hanya mendengar yang baik-baik dan yang mereka ingin dengari saja. Ada pemimpin yang memiliki akaun fb tetapi sahabat-sahabat mereka adalah tukang-tukang kipas mereka sendiri lalu mereka tidak mendengar bahawa diluar sana ada 'gelora' yang melanda dan protes rakyat terhadap para pemimpin seperti mereka.
3. Apapun saya ucakpan terima kasih kepada mereka yang saya teguri dan telah mendengar teguran dari saya, seperti saya katakan tadi niatnya baik cuma mungkin caranya kasar sedikit. Saya juga harap akan ada perubah selepas ini dan tidak lagi berlaku 'politiking' terlampau didalam parti yang akan melemahkan parti. Sudah tentu ramai tokoh politik mempraktikan teori 'pecah dan perintah' demi untuk terus kekal berkuasa, namun jika sangat keterlaluan sehingga terlalu berpecah-pecah dan kehilangan pengikut, siapa lagi yang akan mereka perintah kelak? Kita harus akui penyakit UMNO ini sudah sangat kronik dan menjalar diakar umbi menyebabkan UMNO semakin mengecil dan ketiadaan ahli.
4. Terima kasih juga kepada Setpol Kak Ijat yang juga membaca tulisan ini. Kak Ijat mesti selalu diingatkan bahawa sejarah akan berulang bahawa apa yang kita lakukan kepada sesiapa hari ini akan dibalas semula oleh orang kepada kita dimasa depan. Justeru, rapatkanlah barisan dalam Wanita juga diperingkat negeri untuk sama-sama perkukuhkan UMNO kerana jika UMNO rebah pemimpin UMNO juga akan turut rebah. Saya sayangkan Kak Ijat, saya juga sayangkan KWP, tetapi saya sayangkan UMNO lebih dari mereka! Wanita Pahang akan lebih mantap jika semua pemimpin dapat bersatu dan tidak berlaku sebarang 'cas keting'.
dipetik dari-braveheart-blogger.blogspot.com

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...