Pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir pemegang lesen
dijangka dapat dilaksanakan tidak lama lagi, kata Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Kong Cho Ha.
Cho Ha, yang tidak meletakkan sebarang tarikh tertentu bagi
pelaksanaannya, berkata, bahagian teknologi maklumat kementerian itu
sedang giat melakukan beberapa penyelarasan.
Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau meminta orang
ramai tidak berebut-rebut untuk memperbaharui lesen memandu mereka
apabila tarikh tamat lesen diselaraskan dengan tarikh lahir mereka
kelak.
"Mereka hanya perlu memperbaharui lesen memandu mereka apabila lesen
memandu tamat tempoh dan bukannya apabila tarikh lahir mereka tiba,”
katanya.
Sebagai contoh, katanya, mereka yang akan menyambut hari lahir pada
Mei tahun depan tetapi lesen memandu akan tamat tempoh sah laku pada
Januari, mereka perlu memperbaharui lesen pada Januari tetapi tarikh
tamat lesen akan diletakkan pada Mei.
"Tempoh empat bulan yang diberikan itu adalah percuma. Bayaran hanya
dikenakan RM30 jika ingin memperbaharui lesen untuk tempoh setahun,”
katanya.
Bagi mereka yang tarikh lahirnya melebihi enam bulan dari tarikh
lesen memandu tamat tempoh pula mereka akan dikenakan bayaran tambahan
50 peratus iaitu RM15.
- Bernama
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan