Abang pelakon popular dipenjara!

Mahkamah Tinggi di sini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan tiga sebatan terhadap abang kepada Zizie Ezette, Samzy Fuzette A Samad kerana memiliki 12.15 gram syabu di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini, enam tahun lalu.
Hakim Datuk Mohtarudin Baki membuat keputusan itu selepas menolak rayuan difailkan pelakon yang pernah membintangi beberapa drama tempatan seperti Seri Istana dan ‘Cucu-cucu Atuk’.

Samzy Fuzette, 35, (pemohon) yang kini berniaga sendiri memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 30 November 2010.

Bapa kepada tiga anak yang kelihatan tenang dilihat memeluk isterinya, Sarinah Mohammad, 32, bagi menenangkan wanita itu yang menangis teresak-esak apabila mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula semalam.

Terdahulu, Samzy Fuzette yang hadir memakai kemeja putih dan diiringi beberapa rakannya sempat berbisik kepada pemberita, ‘doakan saya’ sebelum mengambil tempat di kandang tertuduh.
-metro

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...