Mohon sumbangan segera pembedahan

Bermata palsu akibat kanser pada matanya,kanak-kanak perempuan berusia empat tahun disahkan pula menghidap barah di kepala dan memerlukan bantuan segera pembedahan.
Menurut ibu kepada Nurin Zuhayra Rosmizan, anaknya disahkan mengalami ketumbuhan di bahagian kiri kepala atau “left parietal mass” yang memerlukan pembedahan segera pada lusa.

Norhazliza Hassin, 29, berkata, setelah sembilan kali anaknya menjalani rawatan kemoterapi untuk penyakit kanser mata yang dihidapi anaknya itu sejak berumur 1 tahun 7 bulan, sekali lagi beliau dan suaminya, Rosmizan Roslan, 32, menerima kejutan besar pada 4 Mac lalu apabila diberitahu pihak hospital bahawa anak mereka turut menghidap kanser di kepala.
Norhazliza terpaksa meminta ehsan orang ramai untuk membantunya dengan menghubungi beliau di talian 012-4900672 atau menyalur sumbangan menerusi akaun Maybank bernombor 159012708424. - Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...