Jalan-jalan cari pasal

Apa sudah jadi dengan penguatkuasa KPDNKK,cd cetak rompak dijual berleluasa di jalan jalan utama dan gerai gerai sekitar pulau pinang,antaranya jalan magazine,lebuh downing,jalan p.ramlee,bukit jambul,jalan permatang damar laut,pekan bayan lepas,sg.batu,teluk kumbar,sekitar balik pulau,jalan air itam dan banyak lagi di sekitar pulau.

Apakah tiada tindakkan yang berani di ambil terhadap samseng-samseng cetak rompak ni,takkan la pihak berkenaan tak tahu lokasi lokasi penjual cd cetak rompak tu kan,sedangkan kat pasar malam pun berlambak dijual,kalau penguatkuasaan yg lemah macamni makin berlambak la hasil seni cetak rompak dipasaran..
rasanya takkan tercapai la hasrat kerajaan nak menghapuskan cetak rompak ni disebabkan pegawai-pegawai penguatkuasa ni banyak yang tido dalam jaga,main dalam senyap,sembunyi dalam terang.

Yang terbaru cd cetak rompak dan beberapa barangan tiruan lain dijual berhampiran dengan pejabat KPDNKK(kementerian perdangangan dalam negeri koperasi dan kepenggunaan),fuhh tentu besar punya 'kabel' si penjual tu kan,kalau tidak masakan pihak 'berkenaan' kelabu mata'..apa nak jadi dengan pegawai2 yang 'main banyak' ni ,makin berlambak la tauke tauke baru cd cetak rompak muncul nanti,bayangkan modal sekeping cd kosong rm0.25sen dibeli secara borong,setelah dicetak rompakkan boleh dijual rm8-10 sekeping,boleh cepat kaya tu..

Moral:jangan jual cd cetak rompak

2 comments/pendapat:

About Cik Aish berkata...|Reply This Comment|

yeke...nape kat kawasan umah saya punya susah nak cari penjual cd cetak rompak?? Seremban..huh..ingat kan dorang dah berkubur..tupanya aktif di kawasan lain ye..hurm

Tam berkata...|Reply This Comment|

aa le,kawasan sini kt pasar malam pun leh dapat,kat seremban 'bersih' le kalau tkda.

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...