Hitam,Putih Dan Kelabu

Pekan Kuala ketil adalah sebuah pekan daerah kecil yang terletak di utara TanahAir iaitu di negeri Kedah,kira-kira 23km dari Bandaraya Sungai Petani.Dahulunya permandangan mula-mula menerjah masuk ke pekan ini cukup indah dengan pokok-pokok ditepi jalan yang rimbun lagi menghijau,ditambah pula dengan gerai-gerai makan ditepi jalan yang bila malam berseri-seri dengan warna-warni lampu bak karnival jom heboh.
                                                          (Dahulu)

Tapi semua itu kini tinggal kenangan,pekan yang dulu tempat aku melepak bersama geng-geng moto kini kehilangan serinya,tiada lagi gerai berwarna-warni di sepanjang jalan masuk ke pekan kecil ini,pokok-pokok besar yg meneduhkan kawasan kedai pun sudah tiada lagi,burung-burung yang dulunya pabila petang berkicau riuh kini sunyi akibat kehilangan tempat melepak (pokok). Bukan saja burung-burung boring dengan pekan ni,aku juga turut merasa boring dengan keadaan itu,gerai makan yg sememangnya sempoi dah kehilangan kesempoian kerana banyak yang dah berbatu nisan(berkubur@gulung tikar@bankrap@tutup) akibat diarah pindah ke lokasi lain yang hanya ada lalat dan semut sebagai pelanggan...
                                                     (kini dan akan datang)

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...