Al Azhar Mesir di Malaysia

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang mengetuai lawatan kerja Kementerian Pendidikan Malaysia ke Mesir membawa khabar gembira hasil perbincangan bersama Naib Presiden Universiti Al-Azhar.

Menurutnya universiti tersohor tersebut secara prinsipnya telah bersetuju untuk membuka sebuah kampus cawangan yang pertama di luar Mesir iaitu di Malaysia. Kampus yang dikenali sebagai Universiti Al-Azhar Kampus Tuanku Muhriz akan dibina diatas sebidang tanah seluas 200 ekar di Nilai, Negeri Sembilan.

Idris menjelaskan perbincangan mengenai cadangan untuk membuka kampus berkenaan telah lama dilakukan dan  secara prinsipnya Al-Azhar  bersetuju untuk membuka sebuah kampus cawangan di Malaysia yang juga pertama di luar Mesir.

Kampus itu yang dijangka mula beroperasi pada September 2014 bakal menawarkan 3 kursus permulaan iaitu pengajian Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab.

Persetujuan ini merupakan satu pengiktirafan kepada Malaysia dan akan memberi kemudahan kepada umat Islam di rantau Asia yang mahu meneruskan pengajian di universiti berkenaan.
sumber-astroawani

Tag: universiti Al'Azhar,pelajar Mesir,kursus al azhar

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...