Pemain Bolasepak DIGANTUNG!

Setiausaha Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan Safee Sali  tidak boleh lagi membantu skuad negara di pentas antarabangsa berdasarkan satu surat yang baru diterima daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), yang mengatakan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) bertindak menggantung semua pegawai dan pemain dari 32 yang beraksi di Liga Super Indonesia (ISL).

Penggantungan kelab ISL ini tercetus buat kali kedua apabila PSSI dan satu lagi badan yang menaungi ISL iaitu Komiti Penyelamat Sepakbola Indonesia (KPSI) bercakaran selepas satu pertemuan untuk mendamaikan kedua-dua pihak menemui kegagalan.

Safee bukan saja tidak dapat membantu Malaysia berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa 16 Oktober ini, malah mungkin boleh melupakan Piala Suzuki AFF jika masih terikat dengan Pelita Jaya.

Namun begitu, masih ada harapan buat Safee melarikan diri daripada kemelut apabila ada pihak dikatakan cuba membawa penyerang itu beraksi bersama kelab dalam liga yang diiktiraf, IPL.

sumber-utusan

#Hujan Emas negeri orang,Hujan batu dinegeri sendiri....

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...