Gas asli termampat (CNG) merupakan bahan api alternatif yang paling berjaya dan digunakan dengan meluas bagi kenderaan terkini yang berada di pasaran. Kenderaan pacuan petrol bagi tujuan ini biasanya dilengkapkan dengan kit penukar gas asli bagi membolehkan operasian dwi-bahan api di antara CNG dan petrol.
Pendekatan secara uji kaji ini difokuskan ke atas penggunaan bahan api, emisi ekzos dan kos bahan api di antara operasian gas asli dan petrol. Rig ujian terdiri dari sebuah sistem enjin teksi dwi-bahan api menggunakan 1500 cc dengan 12 injap sistem karburetor adalah dibina khusus. Penggunaan bahan api dan emisi ekzos yang setara diperolehi pada kelajuan putaran seminit (rpm) enjin yang berbeza ketika operasian menggunakan bahan api CNG dan petrol secara berasingan. Pengoperasian rpm enjin tanpa bebanan diubahsuai dari kedudukan pegun kepada kedudukan melebihi 5000 rpm untuk memperolehi profil penggunaan bahan api dan emisi ekzos. Kedua-dua data yang diperolehi ini kemudiannya digunakan bagi mengira kadar udara bahan api enjin. Kesemua ketiga-tiga parameter yang diperolehi digunakan untuk membuat perbandingan terhadap operasian gas asli dan petrol.
Pemerhatian yang dibuat menunjukkan kadar udara bahan api bermula dari 19 ke 16.3 bagi operasian petrol dan dari 40 ke 18.7 untuk operasian menggunakan gas asli. Emisi ketika operasian menggunakan CNG jelas menunjukkan penurunan ketara ke atas keluaran hidrokarbon (HC), karbon monoksida (CO), karbon dioksida (CO2) dan nitrogen oksida (NOx) dibandingkan dengan operasian menggunakan petrol. Dari segi kos, penggunaan CNG memberikan keuntungan melebihi 50% terhadap kesemua kelajuan rpm enjin jika dibandingkan dengan operasian menggunakan petrol.
sumber-http://www.jurnalteknologi.utm.my
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan