PAS pecat Hassan Ali!

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato' Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS.


Tahniah pas, dengan membuang hassan ali PAS ibarat potong sebelah tangan, takpa PAS terlalu taku dan menunduk dengan DAP kan! PRU13 nanti kita bagi PAS tunduk terus buat selamanya di selangor kedah..
Apa punya keputusan,awat orang2 atasan PAS jadi buta sampai tahap ni.. lupa ka sapa hassan ali dan jasa2 dia.. Takkan hanya kerana dia kritik parti dan buat keja selamatkan akidah serta tak disukai oleh DAPig lalu Dato Hassan Ali dipecat terus..
Bukan ke teguran dia tu untuk kebaikan PAS juga,pada aku PAS buang Hassan Ali tak lain tak bukan atas desakan sahabat sehidup semati iaitu DAP,cuma sedey arr kalau macamni sikap PAS macamna nak jadi kerajaan yg kuat tegas dan adil kalau tekanan yang sebegini pun tak mampu nak hadapi, pecat hassan ali bukanlah satu jalan penyelesaian yang baik, sebaliknya keadaan akan bertambah rumit kerana membuang org yang berpengaruh,berpendidikan,profesional seperti beliau..

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...