Ibu kepada dua kanak-kanak Melayu yang dikatakan belajar di sebuah
pusat tuisyen yang cuba menyebarkan ajaran Kristian secara halus kepada
mereka, terkejut dengan pendedahan akhbar ini berhubung perkara
tersebut.
Rosiati Mohd. Repha, 40, berkata, dia tidak menyangka pusat tuisyen
yang disangka mengajar subjek akademik itu melakukan perbuatan menyalahi
hukum agama.
Menurutnya, kedua-dua anaknya yang berusia 12 dan tujuh tahun begitu
bersemangat dan menunjukkan minat yang tinggi setiap kali pergi ke pusat
tuisyen tersebut.
“Kerap juga mereka membawa pulang hadiah-hadiah, mereka cakap cikgu
tuisyen bagi sebab menang dalam pertandingan menyanyi,” katanya.
Rosiati berkata, dia juga baru menyedari buku tuisyen anak-anaknya
tidak pernah bertambah, sebaliknya hanya menggunakan satu buku latihan
sahaja sejak memasuki pusat tuisyen itu.
Buku itu pula, katanya, hanya tertulis ABC dan lukisan serta langsung tiada kaitan dengan sukatan pelajaran tahun enam.
Dia yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, ekoran kesempitan wang,
anak-anaknya dihantar ke pusat tuisyen tersebut kerana mereka tidak
dikenakan sebarang yuran.
“Selepas pusat tuisyen itu dikatakan menyebarkan dakwah Kristian,
saya telah melarang mereka ke tuisyen tersebut dan menerangkan perkara
sebenar,” jelasnya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di sebuah rumah yang
dikatakan dijadikan sebagai pusat tuisyen tersebut mendapati ia telah
beroperasi lebih dari tujuh tahun dan sering dikunjungi pelajar pelbagai
kaum termasuk pelajar Melayu.
Pusat tuisyen itu juga tertutup dan dikatakan hanya beroperasi pada setiap Ahad.
Utusan Malaysia juga mendapati beberapa poster yang memaparkan
istilah-istilah menyanjung Kristian diletak di hadapan pusat tuisyen
itu.
Salah seorang jirannya, Rosiah Ibrahim, 52, ketika ditemui mendakwa
tempat tuisyen tersebut mengajar para pelajar menyanyi lagu-lagu
Kristian dan dipertontonkan video mengenai Jesus Christ (Nabi Isa) dan
kuiz bagi menguji kefahaman mereka.
Beliau yang merupakan bekas Pengerusi Rukun Tetangga di kawasan itu
memberitahu, pelajar yang memperoleh markah tertinggi di dalam kuiz akan
diberikan hadiah menarik seperti dibawa berjalan-jalan, menonton wayang
selain turut menerima hadiah semasa hari jadi mereka.
“Murid-murid yang diajar di sana dalam lingkungan umur enam hingga 14
tahun dari tiga buah sekolah berhampiran iaitu Sekolah Kebangsaan (SK)
Seri Setia, SK La Salle, SK St. Teressa dan Sekolah Menengah Kebangsaan
Vivekananda.
“Mereka yang datang mengajar di tempat tuisyen itu kelihatan dari
golongan profesional yang datang dengan kenderaan mewah. Mereka mengajar
pada setiap hari Ahad iaitu dari pukul 2 hingga 5 petang,” katanya yang
menetap di kawasan tersebut lebih daripada 18 tahun.
Sementara itu, seorang lagi jiran berhampiran tempat tuisyen itu,
Hosni Mubarak, 45, pula berkata, dia sering mendengar nyanyian lagu-lagu
berkaitan Kristian semasa sesi pengajaran tuisyen tersebut.
“Setiap petang Ahad nyanyian lagu-lagu Kristian sering kedengaran di pusat tuisyen tersebut,” dakwanya.
Namun mereka tidak terlintas untuk mendedahkan perkara itu kerana
berpendapat ia hanya sekadar lagu dan tiada sebarang kegiatan yang
menyalahi agama-utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan