Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau setiap hari dimaklumkan mengenai perkembangan perhimpunan haram itu daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada sebarang kegiatan yang boleh menggugat keselamatan negara.
Atas sebab itu, katanya, polis mula bertindak menahan mereka yang dipercayai cuba mewujudkan keadaan tidak selamat menjelang perhimpunan haram tersebut yang dirancang pada Sabtu ini.
Katanya lagi, perhimpunan haram itu sengaja diadakan kerana ada pihak tertentu mahu melihat orang ramai yang menyertai demonstrasi bertembung dengan polis.
"Oleh itu, perlu ada usaha untuk memberi penjelasan bagi memastikan rakyat dan masyarakat antarabangsa tidak keliru dengan apa yang berlaku.
"Tugas memberikan penjelasan itu bukan sahaja dilakukan oleh polis tetapi semua pihak dalam agensi kerajaan dan mereka yang sayangkan keharmonian, keamanan serta ketenteraman tanah air ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Ibu Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pelancaran Skuad 1Malaysia di Ibu Pejabat AADK, Jalan Maktab Perguruan Islam, Kajang di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, KDN akan meneliti isi kandungan sebuah novel berjudul 'Shamsiah Fakeh Pejuang, Pemimpin dan Perempuan' yang didakwa kini meluas diedarkan oleh pihak-pihak tertentu.
"Apa sahaja berkaitan Bersih termasuk isi kandungan buku dan risalah yang mungkin membawa ideologi subversif, kita buat tapisan.
"Kita tidak teragak-agak bertindak jika ada pihak ketiga terlibat menyebarkan ideologi subversif, menghasut dan menyemarak kemarahan orang ramai agar berkumpul menyertai perhimpunan haram itu," katanya.
Mengenai komen seorang pembaca dalam portal berita Malaysiakini yang menyeru rakyat mengguling Yang di-Pertuan Agong berikutan titah khas dikeluarkan Seri Paduka semalam, Hishammuddin berkata, pihaknya hanya akan menyiasat individu terbabit jika mengenal pasti identitinya.
"Jadi, jangan kita defensif hanya kerana seorang individu yang tiada nama dalam ruang siber cuba membuat provokasi.
"Nasihat saya, biar semua pihak mempertahankan institusi diraja daripada mencari seorang dari ruang siber yang mungkin juga bukan rakyat negara ini," ujarnya.-utusan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan