Bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn bakal berhadapan dengan satu lagi pertuduhan melakukan serangan seksual selepas seorang wanita Perancis membuat laporan polis, semalam.
Tristane Banon yang merupakan seorang wartawan dan penulis berusia 32 tahun membuat laporan polis mendakwa bekas ahli politik tersebut cuba merogolnya pada 2003 di sebuah rumah.
Dalam kejadian itu, Banon mendakwa Strauss-Kahn menjemputnya datang ke sebuah rumah untuk melakukan sesi temu bual namun selepas tiba di situ, bekas pengarah itu mula menerkam dan cuba merogolnya.
– AFP
p/s: jangan sondol sana sini,depan belakang sama rata sama rasa last2 sendiri yang sengsara.
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan