Syarat guna cermin gelap kekal!

Kerajaan tidak berhasrat untuk melongarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian,walau pun menerima beberapa cadangan supaya melongarkan syarat berhubung perkara tersebut kerana faktor peningkatan suhu ketika ini,

Namun risiko yang bakal dihadapi adalah lebih besar,khususnya melibatkan pihak yang akan mengambil kesempatan dengan kelongaran tersebut serta menyukarkan pihak keselamatan bagi mengesan penjenayah dan pelbagai kesalahan lain..

Walau keputusan ini mengecewakan pengguna,namun atas faktor keselamatan ia adalah sesuatu yang relevan buat masa ini,penggunaan cermin gelap juga dikatakan menjadi penyumbang pada kemalangan jalanraya kerana penggunaanya menggangu penglihatan pemandu terutama semasa hujan dan waktu malam hari..

p/s:guna je le cermin mata gelap lepas nihh..

4 comments/pendapat:

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

Jika cermin gelap menyumbang pd kemalangan. Kenapa kenderaan mewah atau vvip dibenarkan. Adakah yg pemandu itu, matanya terlalu hebat? Atau undang ciptaan manusia ini terbahagia 2. Kenapa tak diwajibkan pintu kenderaan hanya dibuat dr kaca jer. Lagi mudah kita nampak penjanayah.

Mr Paktam berkata...|Reply This Comment|

tu la pasal... kenderaan2 mewah bukan setakat cermin gelap headlamp pun guna HID putih yg terang melampau tak pula tergugat, kita2 yg setakat naik proton ja pantang ada salah sikit,tindakkan trus dikenakan,saman tetap....

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

sekarang cuaca amat panas sehingga mencecah tahap bahaya(stroke haba)adalah amat sesuai di gunakan pada masa ini...amatlah wajar jika pihak kerajaan mempertimbangkannya semula....

Tanpa Nama berkata...|Reply This Comment|

bahaya bagi kanak2 dlm kereta,,aircond pn tidak membantu dlm keaadaan cuaca macam skrg...

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...