Peserta BERSIH mati kerana Polis?

 Berikut adalah penjelasan YAB TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kematian peserta demo bersih:
Arwah Baharudin (peserta bersih)berada di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) melarikan diri memasuki bangunan dekat Avenue sebelum dikatakan sesak nafas dan meninggal dunia."Kita tahu mereka akan 'spin' untuk tunjuk penguat kuasa tidak bertanggungjawab,"

Dakwaan Pembangkang kematian itu berpunca daripada polis yang melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menegaskan pihaknya tidak melepaskan gas tersebut di kawasan KLCC.

Tan Sri Muhyiddin menyifatkan kematian Baharudin sebagai sesuatu yang malang,beliau pasti bahawa kejadian itu tiada kena mengena dengan tindakan polis yang didakwa ganas.
Katanya, berdasarkan laporan pihak polis dan HKL yang dimaklumkan kepadanya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Allahyarham mempunyai penyakit darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.

"Mungkin sewaktu terlibat dalam demonstrasi itu, dia berhadapan dengan serangan (penyakit), bukan kerana pihak luar yang buat.
"Sebagaimana kita tahu, faktor takdir Ilahi...itu sesuatu yang kita kena terima tetapi kita yakin polis tidak melakukan apa-apa kepada Allahyarham dan saya telah dimaklumkan polis akan memberikan penjelasan terperinci dalam perkara ini,"
-utusan

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...