Dua pemain import dibenarkan musim depan

Pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia dibenarkan menggunakan khidmat dua pemain import mulai musim 2012.
Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaimanapun berkata terdapat beberapa klasifikasi bagi pemain import untuk menjaga kualiti pasukan yang disertai.
Katanya, pemain import dari negara-negara ASEAN dan yang bernaung di bawah Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mestilah pemain dari divisyen satu manakala dari benua-benua lain seperti Eropah, Amerika Latin dan Afrika pemain perlu sekurang-kurangnya dari divisyen dua.
"Pemain import yang kini beraksi dalam Liga Singapura, Indonesia dan Thailand tidak dibenarkan diambil dalam tempoh dua tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tengku Abdullah berkata, penggunaan pemain import bagaimanapun bukanlah wajib dan terbuka kepada persatuan yang mempunyai kewangan yang kukuh sahaja. - Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...