PM komen Anwar dan bersih

"Beliau (Anwar) pelakon terbaik, ini perangai dulu dan sampai sekarang tidak pernah berubah. Dalam perhimpunan di Baling, saya kata kepada rakan-rakan sejak dari zaman ayahanda saya, Tun Abdul Razak Hussein lagi, dia dah tipu dah.

"Pada 1974, ramai mati kebuluran dan Anwar buat demonstrasi di Kuala Lumpur, zaman Tun Hussien Onn pun buat juga, zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad buat juga, lepas itu berehat sementara, negara aman dan selepas keluar buat pula perhimpunan Bersih 1.0 pada zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini buat lagi dengan penganjuran Bersih 2.0.

"Bagi Anwar dialah manusia sebaik-baiknya, anugerah Tuhan... inilah jenis manusia yang sebenarnya kita berdepan dengan masalah yang berlaku semalam (Bersih 2.0). Hendak sangat jadi Perdana Menteri hingga sanggup korbankan apa saja termasuk mengetepikan prinsip, soal bangsa dan agama asalkan nafsunya tercapai,"

"Dalam isu video seks, Anwar kerap menyatakan itu bukan beliau walaupun dua pakar forensik video Amerika Syarikat (AS) mengesahkan 99.9 peratus pelaku dalam video itu miripnya.
"Dulu, Anwar cerita dia kena racun arsenik, tidak cukup dengan itu, suntikan HIV pula. Bagi dia, kita (kerajaan) ini dari zaman dulu sampai sekarang, semuanya buruk dan dialah manusia yang sebaik-baiknya,"

"Kini, dia (Anwar) lihat Barisan Nasional (BN) sudah begitu baik, banyak pilihan raya kecil kita menang, di Hulu Selangor, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau. Di Sarawak pun kita menang.

"Jadi, dia melihat semua itu, dengan pendekatan Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan gagasan 1Malaysia yang semakin diterima rakyat, dia bimbang sekiranya tidak lakukan sesuatu BN akan menang pada pilihan raya akan datang,"

itu antara komen PM buat anwar berahim tuuu,selalu buat kacau la anwar "anugerah tuhan" nih..Tahan ISA kang baru tauuu.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...