Gila-gila myvi viva

Kereta kompak paling popular di Malaysia, Perodua bakal mencipta fenomena yang serupa di Sri Langka tetapi kali ini melibatkan kereta Viva.

Pengarah Urusan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua),menyatakan permintaan Viva di Sri Langka hampir mencecah 300 peratus dan merupakan sesuatu pencapaian yang menakjubkan.

''Permintaan pasaran di Sri Lanka begitu menggalakkan terutamanya model Viva,'' kata beliau di sini baru-baru ini.
Sementara itu, Aminar Rashid berkata, Perodua akan mengeksport 500 buah Myvi baharu ke Indonesia menjelang akhir bulan ini menggunakan jenama Daihatsu Sirion.
Penghantaran kereta itu ke republik itu adalah langkah pertama Perodua menembusi pasaran negara berkenaan menggunakan jenama Daihatsu.

Aminar Rashid berkata, Perodua Myvi atau Daihatsu Sirion akan dilancarkan sempena pameran motor antarabangsa di Indonesia kemungkinan sebelum penghujung bulan Julai.
Katanya, penghantaran pertama Myvi itu akan menjadi asas kepada Perodua untuk menilai keadaan pasaran di negara itu sebelum langkah selanjutnya dilakukan.

"Selain Indonesia, pasaran di Thailand dan Afrika Selatan masih di bawah kajian dan ia memerlukan sedikit masa sebelum kami membuat sebarang keputusan," kata Aminar Rashid.
Mengulas lanjut tentang Myvi, beliau berkata, kereta generasi baharu itu dihasilkan menggunakan kepakaran 200 jurutera tempatan.

"Kami melabur RM230 juta bagi memajukan model baharu ini selama 27 bulan selain berjaya meningkatkan kandungan tempatan kepada 85 peratus berbanding 80 peratus dalam MyVi generasi pertama.
"Model terbaharu ini hanya menggunakan casis Daihatsu, manakala peralatan lain yang melengkapinya adalah komponen tempatan termasuk reka bentuk dan keperluan yang ditawarkan," jelas beliau.
-utusan

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...