Kadar tanah pertanian Perak

Kerajaan negeri Perak mengumumkan kadar premium untuk tanah pertanian yang dianugerahkan kepada sekolah agama rakyat (SAR), sekolah persendirian Cina (SUWA) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) hanya pada RM10 sehektar untuk 99 tahun berkuat kuasa serta merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kadar premium itu dapat mengurangkan bebanan pihak sekolah dan memberi tambahan dana untuk pendidikan sekolah berkenaan.

"Sebelum ini, soal premium tanah dilihat membebankan dan adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk membantu sekolah berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas program ”Klinik Dr Zambry” di Arena Square, Pengkalan Baru, di sini hari ini.

Mengikut kadar baru itu, misalnya, SUWA hanya perlu membayar premium tanah sebanyak RM10,117, manakala Perbadanan Ekonomi Islam Perak yang menguruskan tanah bagi pihak SAR hanya perlu menjelaskan bayaran sekitar RM20,000 sahaja.
– Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...