Bahan Letupan Demo BERSIH!

Lain macam ja pun perhimpunan BERSIH ni,takkan sampai nak letop bangunan segala bagai kot,ini bukan aku kata ya,ini polis yang tangkap dan siasat,kalau nak tau lebih lanjut sila baca keterangan di bawah nih...

"Polis menahan seorang lelaki warga Kemboja kerana memiliki bahan-bahan membuat letupan di dalam sebuah teksi yang dipandunya semasa polis mengadakan ”Ops Padam Bersih” di susur masuk Plaza Tol Tapah semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan berkata, lelaki berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari semalam ketika memandu sendirian dalam perjalanan dari Ulu Tiram, Johor, ke Tapah".

Siasatan polis mendapati lelaki itu membawa muatan empat guni berisi simen bercampur kapur, satu guni kecil serbuk berwarna hitam disyaki sekam padi, dua guni plastik jenama borax decahydrate mengandungi serbuk putih, satu guni berisi besi paip bercampur getah paip, lima biji mangkuk tanah, satu beg plastik disyaki mengandungi pasir dan satu tong plastik mengandungi cecair disyaki asid.

Lelaki berkenaan yang sudah menetap selama 18 tahun di negara ini dan mendapat kerakyatan Malaysia dikatakan menyewa teksi berkenaan untuk membawa bahan-bahan tersebut yang dipercayai ada kaitan dengan perhimpunan haram di ibu negara esok, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shukri berkata, lelaki berkenaan ditahan reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, di mana barang-barang yang dirampas dipercayai bahan kakisan dan bahan yang boleh dibuat letupan.
- Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...