Hukuman hina Lagu Kebangsaan

Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masih menunggu laporan berhubung kes individu yang dikatakan pelajar institusi itu, menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang juga ahli Lembaga Pengarah UMT Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada universiti itu berhubung perkara itu.
"Sekiranya betul ia melibatkan pelajar UMT maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita kecewa dengan apa yang berlaku, tidak kira sama ada dilakukan oleh pelajar atau pun individu lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya laporan sudah dibuat pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak berhubung perkara itu. - Bernama

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...