Senarai produk makanan yang tercemar

Maklumat Terkini Pencemaran DI(2-Ethylhexyl)Phthalate (DHEP) dan DI-Isononyl Phthalate (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan

1) Adalah dimaklumkan bahawa pihak Food and Drug Administration (FDA), Taiwan telah memaklumkan KKM berkenaan tambahan beberapa makanan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia. Produk-produk tersebut adalah :

i) Black Tea keluaran Good Young Co., LTD

ii) Lemon Juice Power A keluaran Kakawa Enterprise Co., LTD

iii) Fruity Jelly / Assorted (210g, 525g dan 1260g), Bear Fruity Jelly Brown (580g), Bear Fruity Jelly Pink (580g), Fruity Jelly N.C (9.08kg), Fruity Jelly Bear (9.08kg) keluaran Triko Foods Co., LTD

Sehubungan dengan itu, KKM telah menghubungi kesemua pengimport produk terbabit di atas untuk melaksanakan tindakan memanggil balik produk makanan tersebut yang berada di pasaran tempatan dengan kadar segera. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dinasihati tidak memakan produk tersebut.

0 comments/pendapat:

Catat Ulasan

Top Posts

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...