Pencemaran DI(2-Ethylhexyl)Phthalate (DHP) dan DI-Isononyl Phthalate (DINP) Dalam Makanan Import Dari Taiwan
1. Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan media berhubung pencemaran di(2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyl phthalate (DINP) dalam beberapa produk makanan keluaran Taiwan yang dilaporkan dalam media sejak 25 Mei 2011. DEHP dan DINP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut (flexible). Ianya boleh dipindahkan (migrate) kepada makanan semasa proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan. DEHP diketahui berkemungkinan boleh menyebabkan kesan karsinogenik ke atas manusia. Namun begitu, masih terdapat kekurangan bukti saintifik berkaitan kesan karsinogenik DEHP kepada manusia.
2. Produk-produk makanan terlibat adalah minuman sukan, jus buah-buahan, produk jeli, jam, yogurt dan clouding agent, sejenis bahan aditif makanan. Bahan DEHP dan DINP telah ditambah kepada clouding agent untuk mengurangkan kos pengeluaran produk makanan. Pihak Taiwan Food and Drug Administration (FDA) telah memaklumkan KKM berkenaan beberapa makanan keluaran Taiwan yang telah disahkan tercemar dengan DEHP dan telah dieksport ke Malaysia untuk tindakan selanjutnya seperti berikut:
i) Uni-President Asparagus Juice dengan tarikh luput sebelum 18 Mei 2012 yang dikilangkan oleh syarikat Uni-President Enterprises Corp., Taiwan.
ii) Sunkist Lemon Juice, Sunkist Lemon Juice Drink with Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange Juice dan Sunkist Orange Juice Drink yang dikilangkan oleh syarikat Country House Inc., Taiwan dan dieksport ke Malaysia oleh syarikat Sunlight Foods Corp., Taiwan.
3. Sehubungan dengan itu, KKM telah menghubungi kesemua pengimport produk terbabit di atas untuk melaksanakan tindakan pemanggilan balik produk makanan tersebut yang berada di pasaran tempatan dengan kadar segera. Dalam pada itu, KKM juga akan menjalankan pemantauan di pasaran tempatan dan sekiranya produk terlibat masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan.
4. Di samping itu, semua pengimportan Uni-President Asparagus Juice, Sunkist Lemon Juice, Sunkist Lemon Juice Drink with Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange Juice dan Sunkist Orange Juice Drink oleh Syarikat Country House Inc. dari Taiwan dilarang masuk ke negara ini (Pemeriksaan Tahap 6 di bawah FoSIM-Food Safety Information System of Malaysia). Bagi produk makanan lain yang diimport dari Taiwan seperti jus buah-buhan, jeli, jam, yogurt dan minuman sukan, tindakan pemantauan dijalankan di pasaran dan pintu masuk.
5. KKM juga ingin memaklumkan bahawa produk minuman sukan keluaran syarikat Young Energy Resource Co. Ltd., di Taiwan yang dikesan mengandungi DEHP seperti dilaporkan oleh pihak Centre for Food Safety, Hong Kong pada 25 Mei 2011 iaitu Speed Sports Drink 600ml, Speed Sports Drink (Lemon Flavour) 600ml dan Dong Nung 1000 Sports Drink tidak diimport ke negara ini berdasarkan maklumat dari FoSIM.
6. Sehubungan dengan itu, orang ramai tidak perlu khuatir akan keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan telah dikenakan ke atas makanan terbabit dari negara tersebut. Pengguna yang telah membeli produk makanan berkenaan keluaran Taiwan dinasihati tidak memakan produk tersebut. Sekiranya pengguna perlu maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM di talian 03-88833652/ 88833653 atau laman web http://www.moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my
Top Posts
-
Cara jernih lampu dan buat Smoke Lamp sekaligus. Salam semua... hari ni aku nak kongsi satu cerita yang buat julung-julung kalinya di pame...
-
Berikut adalah pekeliling baru untuk pengubahsuaian kenderaan persendirian SURAT PEKELILING BAHAGIAN KEJURUTERAAN AUTOMOTIF Bilangan 1 T...
-
Hundreds of Indonesian Islamists rallied in central Jakarta to demand the stoning to death and public caning of celebrities who allegedly ap...
-
PROTON JEBAT 2012 with MITSUBISHI MIVEC TURBO engine. PROTON And MITSUBISHI Motors To Pursue Broad Ranging Strategic Collaboration S...
-
nissan cefiro a31 rb20det My turbo car project is completed successfully, with new white paint, new bumper,new body kit. rb20det eng...
-
Pada pendapat aku sudah tentu ramai yg sudah tahu bagaimana untuk menukar had pengeluaran tunai di bank, dan mungkin juga ada yang masih tid...
-
Latest H onda Civic 2012-fuel economy , sporty performance, smart packaging, alternative fuels and long-term value.... POWER OF ...
-
Salam dan selamat hari-hari buat semua yang tak jemu-jemu berkunjung,dikunjung,mengunjung,pengunjung dan terkunjung kesini... Dipendekkan ...
-
NEONODE N2 PHONE MADE IN MALAYSIA. The most recent developments in mobile phone technology is the new popularity of the touch screen. N...
-
Peringatan buat ahli kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP). #KWSP mengumumkan terdapat aplikasi perisian mudah alih haram oleh pihak ketig...
0 comments/pendapat:
Catat Ulasan